BUKAN 600 BILLION. TAPI 92.5 BILLION- KALAU BANYAK NI PUNYA DUIT BELI SENJATA MAU SATU ASIA TERKEJUT BERUK- TAK ADA LA YANG TAK SIAP DAN NAIK BESI BURUK.


 

Pihak Kementerian Kewangan (MoF) sudah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan Covid-19.

Bagaimanapun, SPRM menjelaskan jumlah dana seperti didakwa oleh individu tertentu sebelum ini bukan bernilai RM600 bilion.

SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, fokus siasatan kini adalah terarah kepada RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion.

“Siasatan awal mendapati jumlah peruntukan terbabit dianggar berjumlah RM530 bilion. Berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion adalah dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

“Justeru, fokus siasatan SPRM akan terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion.

“Kementerian Kewangan sedang memperincikan pecahan itu dan akan menyerahkannya kepada SPRM pada minggu hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan berlaku pelanggaran serius berhubung prosedur perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rabu lalu, Muhyiddin bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilapor akan dipanggil SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik Covid-19.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebelum ini menegaskan tidak takut disiasat berhubung laporan polis dibuat beberapa pihak mendakwa beliau menyeleweng dana terbabit.

Tengku Zafrul yang ketika itu memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan, memaklumkan tidak mendapat sebarang panggilan daripada SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana RM600 bilion dalam kerajaan terdahulu.

Tengku Zafrul juga menegaskan tiada isu ingin diselindung, malah bersedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil memberi keterangan.

 

No comments: