NORMAN RADZUAN
Minum santai hari minggu sambil ketawa sendirian melihat telatah
pemimpin PN dan ahli PAS terutamanya. Sayang negara mendapat pembangkang yang
lemah. Tak dapat saya bayangkan jika PN menjadi kerajaan punah ranah negara
ini.
Baru 2 minggu mereka seperti orang terkena sawan. Apa isu yang
dibangkang sangat melucukan hingga ketawa sendirian silap2 orang ingat saya kurang
siuman.
1) Mereka hanya ada 73 dan sekarang 74 mereka kata mereka yang patut
menjadi kerajaan. Dari mana datangnya 112 MP? Sedangkan Agong minta buat kerajaan
Perpaduan mereka kata nak jadi pembankang. Tapi bila jadi pembangkang mereka
kata mereka lah yang patut jadi kerajaan.
2.) Mereka pertikaikan kerajaan Perpaduan. Isu yang tak membantu
ekonomi rakyat pun pasal nama tu. Patut mereka bawa isu yang boleh membawa
manfaat kebaikan rakyat bukan isu nama yang tak salah dari segi Undang2 pun.
3) Mereka pertikaikan tentang bantuan keapad pesawah. Kerajaan bela
orang miskin mereka bela taikun besar… pelik.
4) Mereka suruh kerajaan haramkan judi. Dulu Pas dah jadi
sebahagian kerajaan tak haramkan judi tapi naikkan judi. Hanya org kurang
siuman sahaja yg boleh terima politik sempit cara begini.
Yg mereka bangkang DAP DAP DAP… tetapi langsung tidak mahu
berhujah secara fakta utk isu tersebut. Ingat Majlis Fatwa tidak pernah
istiharkan undi DAP haram tetapi Majlis Fatwa Melaka (tidak silap) pernah
memfatwakan Amanat Hadi sesat.
Sampai kini cuba berikan berita anyg sahih ( fakta ) apa yg
dilakukan DAP ? Mereka perintah negara? Mereka tidak benarkan azan? Anak Melayu
jadi gembala babi?
Jika begini level pemikiran pembangkang ia sangat menyedihkan. Orang
Melayu masih percaya kepada cerita2 tahyul daripada cerita yg realistik.
Bila PN kata mahu jadi pembangkang kita berharap mereka menjadi
chk n balance atau efektif.
Tapi sayang mereka tidak seperti diharapkan tetapi mereka hanya
bertindak memfitnah dan semua yang baik dilakukan kerajaan semua tidak kena di
mata mereka. Maaf kata jika kasar bahasa please jadi lah pembangkang bukan
pembangang.