ANWAR IBRAHIM
Dalam permusafiran singkat ke Jakarta kali ini, saya
berkesempatan bertemu dengan Syeikh Prof Dr Idris bin Muhammad Sa'id al Fihri
al Fasi dalam rangka Rihlah Dakwah beliau di Indonesia.
Syekh Idris al Fasi merupakan Timbalan Rektor Universiti
Qarawiyyin di Fes, Maghribi yang merupakan institusi pendidikan tinggi Islam
terawal dan tersohor dalam dunia Islam.
Profesor dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh ini juga merupakan
Khatib Masjid Qarawiyin dan Syekh Tariqat Syadziliyah Fassiyah.
Pertemuan bersama beliau sangat bermakna tatkala kami berbicara
panjang soal pendidikan dan rencana dakwah di dunia Islam. Semoga ada ruang di
masa depan untuk kami saling bekerjasama dalam memperteguh kerja dan mesej
dakwah.