Dah duduk kat sofa dalam rumah sendiri pun Pak Long habaq macam
sedang bermimpi. Ya Pak Long, ini rumah Pak Long, takkan lagi ada orang mai
ganggu, tak perlu khuatir kena halau, inilah istana Pak Long, tempat Pak Long
jalani kehidupan baru mulai sekarang. Sewa dah bayar 6 bulan. Dan dalam tempoh
ini, saya akan bantu Pak Long start bisnes jana pendapatan sendiri.
YB STEVEN SIM MP BM
Tengah hari tadi saya pi bawa berita gembira buat Pak Long. Sepetang semalam kita cari rumah merata tempat, dapat juga sebuah rumah kosong untuk disewa.
Rumah tu asal ada rosak sini sana, saya call kontraktor saya, Kumar, minta kasi repair malam semalam juga. Saya habaq kat dia ada emergency nak kasi orang tinggal di sana. Kalau tak orang tu kena tidur di jalan raya pula. Kumar pun kesian dan janji akan siapkan kerja. Jam 3 pagi Kumar hantar gambaq habaq kata semua siap repair. Thank you so much! Besok saya kena belanja Kumar makan.
Jadi tadi, lepas makan tengah hari, saya bawa Pak Long pi beli sikit perabot nak masuk rumah baru. Sedih juga bila Pak Long kata dia dah lama tak tiduq ataih katil. Takpa kita beli brand baguih sikit. Biar tiduq selesa tiduq nyenyak.
Sampai je di rumah baru, Pak Long jadi hiba. Dia macam tak percaya betui-betui ada rumah baru. Saya bagitau dia, sewa rumah saya akan tanggung 6 bulan. Besok kalau PRU, menang ka kalah ka, 6 bulan ni Pak Long tak payah bimbang pasai sewa rumah. Saya akan tanggung. Saya juga akan tolong dia apply rumah PPR selepas ni supaya dia ada tempat yang tetap nanti.
Saya sebenarnya ada tanya Pak Long dia nak buat apa lepas ni. Dia kata dia dah lama duk pikiaq nak buat bisnes jual alat-alat elektronik DIY. Rupa-rupanya Pak Long ada skill bab ni sebab minat dia.
Dia kata dia perlu power tools dan alat-alat lain untuk start bisnes. Ok, macam inilah, saya akan kasi modal beli alat-alat start bisnes. Lepaih ni bolehlah Pak Long bina semula kehidupan selangkah demi selangkah.
Saya dah janji kat Pak Long untuk bantu dia bangkit semula. Kita belajar dari kesilapan silam, lupakan sengketa lama lalu berdiri megah bermaruah semula.
Apa-apapun, tak usah toleh ke belakang, kita jalan teruih! Kita rakyat Merdeka!