TU DIA AIHHH...UMPAN DENGAN MASJID LA PULAK ? RAKYAT HIDUP TAK CUKUP MAKAN ....NAK BINA MASJID LAGI?

 


Laluan tanpa tol, bina 30 masjid antara tawaran BN jika PAS Terengganu tumbang



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

BN Terengganu berjanji akan membina 30 masjid dalam tempoh lima tahun, selain membina jalan empat lorong dari Kemaman ke Besut tanpa tol melalui jalan pantai.

PETALING JAYA: Laluan tanpa tol projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) hingga ke Besut dan pembinaan 30 masjid, antara tawaran manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu jika kerajaan PAS negeri itu ditumbangkan.

Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad, berkata manifesto itu akan dilakukan dalam usaha merancakkan kembali pembangunan di negeri tersebut.

“Saya telah hadir dalam satu perjumpaan bersama Ketua Umno Terengganu Ahmad Said pada Isnin. Antara janji kita, kalau BN menang pada PRU15 (pilihan raya umum ke-15), kita nak teruskan projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) hingga ke Besut.

“Selain itu, kalau menang di Terengganu juga, kita akan membina 30 masjid dalam masa lima tahun.

“Kita nak menjadikan Terengganu sebagai negeri maju dan menjana pendapatan orang Terengganu menerusi pelancongan. Jalan empat lorong juga akan dibuat dari Kemaman ke Besut tanpa tol dan secara percuma melalui jalan pantai.

“Jalan itu juga akan melalui Kampung Fikri, Setiu. Datuk Ahmad Said akan buat satu jambatan dan akan ada restoran tengah laut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, Tasik Kenyir juga akan terus dimajukan dalam usaha memastikan lebih ramai pelancong hadir ke negeri tersebut.

Hari ini, Bersatu Terengganu mengumumkan akan meletakkan calon di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri disandang BN selepas mendapat persetujuan PAS, pada PRU15.

Ketua Bersatu negeri, Razali Idris, berkata PAS melalui perbincangan pengagihan kerusi sudah bersetuju menyerahkan 10 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen dikuasai BN kepada Bersatu untuk meletakkan calon.

Pada PRU14 lalu, BN memenangi 10 daripada 32 kerusi DUN iaitu Kuala Besut, Jertih, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemung, Bukit Besi dan Kijal.

No comments: