KERAKUSAN KUASA! MELAKA BERGOLAK & RAUF BAKAL DIPECAT



Ab Rauf Yusoh kini menghitung hari sebagai ketua Umno Melaka, ketika semakin banyak aduan diterima terhadap ADUN Tanjung Bidara itu, kata sumber kepada FMT. “Lima ketua bahagian sudah bertemu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menuntut supaya beliau (Rauf) digantikan,” kata seorang pemimpin tertinggi parti yang enggan namanya disiarkan. Pemimpin itu berkata, ketua bahagian juga sudah menandatangani petisyen terhadap Rauf, yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinannya.