PUTAR ALAM KERAJAAN





Tengok sendiri putar alam kerajaan. Dalam berita ini kata, ringgit lemah akan menggalakkan eksport. Dalam satu berita lain, Malaysia masih bergantung kepada bahan makanan import.

Baik untuk eksport, aku tak mahu sangkal. Tapi aku nak tanya, kalau eksport meningkat, siapa yang untung? Adakah rakyat terbanyak ataupun cuma sebahagian daripada konglomerat?

Sekarang aku tanya pula. Bila ringgit lemah, semua barangan import akan meningkat harganya. Itu termasuklah bahan makanan. Siapa yang terkesan nanti? Adakah cuma konglomerat?

Sudah pasti turunnya nilai ringgit akan sebabkan peningkatan kos bahan makanan dan itu pastinya akan menambah derita rakyat. Jadi kerajaan ini lebih pentingkan korporat berbanding rakyat?

Ini masalah terbesar kita. Masalah kerajaan yang bodoh bekerja itu satu. Yang lebih perit, bila mereka buat kerja, mereka letakkan kepentingan rakyat jauh di belakang berbanding kroni mereka.

Dan kalau Najib jadi PM semula nanti, dia perkenal semula GST. Bayangkan dengan beban yang sedia digalas masa ini, ditambah dengan GST, mampukah kita hadapi hari-hari yang mendatang?

Nak besarkan saiz kek itu betul. Tapi soalnya siapa dapat bahagian terbesar. Rakyat pastinya akan dapat bahagian paling kecil walaupun tepung untuk besarkan kek diambil dari dapur rakyat!

Isnail Sabri memang tak layak menjadi PM. Tiada visi untuk bangunkan negara. Tapi yang lebih jahat adalah pemimpin BN dan PN yang menyokongnya. Sebab itu wajib rakyat tolak mereka ini demi masa depan negara. Guane boh?

Raja Gelap

No comments: