SABAR..SABAR..KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT....JANGAN BEKERJASAMA DENGAN PAS...NANTI BANYAK PULA RAKYAT PERSOALKAN

 

Noh Omar cabar portal dedah sumber dakwa dipantau pucuk pimpinan






Noh Omar menyifatkan laporan sebuah portal mendakwa beliau dipantau oleh pucuk pimpinan Umno sebagai tidak bertanggungjawab. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Umno Selangor Noh Omar mencabar sebuah portal supaya mendedahkan sumber laporan yang mendakwa beliau dipantau kerana sebilangan pemimpin tertinggi parti itu berkecil hati dengannya berhubung kerjasama Umno dan PAS negeri melalui Muafakat Nasional (MN).

Menyifatkan laporan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Noh yang juga menteri pembangunan usahawan dan koperasi mengulangi pendirian Umno negeri menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti dan PAS pusat berhubung kedudukan MN.

“Kalau setakat dengar khabar angin dari tepi jalan mungkin itu lebih menarik dan itu yang lebih mudah. bila sumber tak pasti, sumber tepi jalan menaburkan fitnah itu yang rakyat tertarik. tapi saya nak bagi tahu (tanya) sumber itu daripada mana?

“Itu bukan ‘level’ saya untuk respons standard (portal) punya laporan. Saya cabar bagi tahu sumber daripada mana,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perpustakaan Tan Sri Noh Omar di Institut Koperasi Malaysia, di sini.

Semalam, sebuah portal memetik sumber melaporkan tingkah laku ahli Parlimen Tanjong Karang itu di Selangor sejak akhir-akhir ini kurang disenangi malah menyebabkan sesetengah pemimpin tertinggi Umno berkecil hati.

Laporan itu menyebut beberapa sumber dalaman Umno yang dekat dengan kepemimpinan negeri dan pusat mendakwa, Noh dipantau kerana tidak disenangi selepas mengadakan perbincangan dengan parti lain di luar Barisan Nasional, selain bertindak mengikut pertimbangan sendiri.

Menafikan tuduhan itu, Noh berkata, kepimpinan Umno negeri sedar bahawa ia tidak mempunyai sebarang autonomi untuk membuat keputusan hala tuju kerjasama politik menjelang pilihan raya umum ke-15.

“Kita (di) Selangor bukan ada autonomi. Tak payah tanya. Takkan saya tak reti bahasa kot. Yang ada autonomi Umno ni Sabah saja. Selangor tiada autonomi, itu pandangan kita. Apa saja keputusan oleh pucuk pimpinan, kita kena akur,” katanya.

“Sama juga dengan PAS, walaupun PAS Selangor nak MN…esok kalau PAS Malaysia kata tiada, tiadalah. Ini pandangan kita di peringkat negeri. Apa pun keputusannya, terpulang kepada pusat.”


No comments: