ELOK LA TOLAK PUN....MASUK PUN SAMA SAMA KHIANAT SAHAJA

 

Saya tolak jemputan Zuraida sertai PBM, kata pemimpin Bersatu







Redzuan Md Yusof menasihatkan Zuraida Kamaruddin, yang ketika itu
 ahli Parlimen Bersatu supaya menjauhkan diri daripada pelancaran
 Parti Bangsan Malaysia (PBM) Disember lalu.

GEORGE TOWN: Seorang pemimpin Bersatu mendakwa menerima jemputan daripada Zuraida Kamaruddin menyertai parti baharu, Parti Bangsa Malaysia (PBM), namun menolaknya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Redzuan Md Yusof, berkata tawaran itu dikemuka kepadanya ketika di luar sidang Parlimen, Disember lalu, iaitu bulan sama ketika parti itu secara rasmi dilancarkan.

“Zuraida kata…beliau mahu tinggalkan (Bersatu) selepas hilang keyakinan dengan Bersatu dan pimpinannya,” katanya kepada FMT.

“Katanya, ‘Pak Wan, saya mahu keluar Bersatu untuk mempengerusikan PBM. Dia juga ada menjemput saya menyertai, tapi saya kata ‘no way’ kerana saya pengasas bersama Bersatu”.

Redzuan berkata, beliau menasihati Zuraida agar tidak mendedahkan rancangan secara terbuka susulan beliau merupakan sebahagian daripada Kabinet. Katanya, tidak lama selepas itu, pimpinan Bersatu mengadakan perbincangan berhubung laporan pembabitannya di sebalik PBM.

Beliau berkata, Zuraida mendengar nasihat diberikan dengan menjauhkan diri daripada terbabit dalam pelancaran PBM, namun Zuraida bertindak mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti itu, yang mana diketahui Bersatu, sekali gus parti mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya

Redzuan berkata, PBM sedang melakukan persiapan menawarkan “dinamik” dalam politik negara menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), yang diramalkannya tidak akan didominasi satu parti tunggal sahaja.

“Jadi, saya fikir sejumlah orang sedang meletakkan diri pada kedudukan (termasuk) menubuhkan parti untuk mereka menguasai jawatan kanan,” katanya.

“Mereka akan menyatakan sokongan kepada mana-mana kerajaan yang akan terbentuk, dan saya fikir mereka boleh menggunakan platform itu untuk mendapat jawatan dalam pentadbiran (baharu). Itu sahaja yang dapat saya katakan.”

Zuraida yang juga bekas naib presiden PKR, menyertai Bersatu selepas dipecat susulan Langkah Sheraton, pada Nov 2020.

Spekulasi Zuraida akan meninggalkan Bersatu untuk menyertai PBM berlegar sejak hujung tahun lalu, dengan beliau dikatakan akan menerajui parti itu yang kini diketuai Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, bekas ketua PKR Sarawak.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBM Nor Hizwan Ahmad, mengesahkan menerima borang permohonan Zuraida menyertai parti berkenaan.

“Permohonan Zuraida akan mengikut proses seperti ahli lain seperti mana ahli lain yang mengikut proses termasuk kelulusan dalam biro politik sebab kita ada beberapa ribu lagi permohonan menjadi ahli yang tertangguh,” katanya.

Beliau berkata, parti belum membuat keputusan berhubung kedudukan Zuraida dalam parti itu.

“Belum, kita selesaikan isu status permohonan dahulu dan bincang status jawatan yang sesuai berdasarkan pengalaman yang akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti,” katanya sambil menambah Zuraida mampu menguatkan serta memberi nilai tambah kepada PBM.


No comments: