KATAK MEMANG TAK BOLEH BERDIRI. MAKA LOMPAT ADALAH CARA YANG SESUAI.RAKYAT MEMANG TAK PERCAYA PUN DAN MENGENALI PEMIMPIN YANG MELOMPAT UNTUK DIHUMBAN.



Zuraida ‘lompat’ lagi, Zahid gesa segerakan RUU anti-lompat parti






Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan lompat demi lompat sudah pasti mengecewakan rakyat dan menunjukkan tiada kawalan terhadap wakil rakyat dan bebas buat apa sahaja.

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mahu Rang Undang-Undang (RUU) anti-lompat parti disegerakan susulan tindakan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), hari ini.

Beliau berkata, tidak mustahil jika pindaan itu tidak disegerakan, berkemungkinan krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik akan menyebabkan kadar peratusan mengundi akan semakin rendah pada pilihan raya umum akan datang.

“Apabila Zuraida yang pernah keluar daripada PKR kemudian menyertai Bersatu dan kini keluar pula untuk menyertai PBM, ia memberikan (gambaran) seolah-olah sangat mudah kepada wakil rakyat di negara ini untuk bertukar parti mengikut selera dan cita rasa sendiri.

“Tindakan lompat demi lompat sudah pasti mengecewakan rakyat dan menunjukkan tiada kawalan terhadap wakil rakyat dan bebas buat apa-apa sahaja,” katanya di Facebook, hari ini.

Zahid berkata, tindakan lompat parti akan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap wakil rakyat dan parti politik semakin terhakis kerana ia seolah-olah mempermainkan undi rakyat.

Terhadulu, Zuraida mengumumkan keluar Bersatu selepas mengambil keputusan menyertai PBM, dan beliau akan bertemu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatannya daripada Jemaah Menteri.

Justeru, Zahid menggesa Ismail tidak lagi berkompromi terhadap ahli Parlimen lompat parti yang kemudian kekal sebagai menteri Kabinet.

Menurutnya, ia sebahagian tanda sokongan terhadap ketegasan menangani isu lompat parti dalam kalangan wakil rakyat menjelang pelaksanaan undang-undang anti lompat.

“Ramai lagi ahli Parlimen yang setia terhadap parti dan tidak melompat parti wajar dipertimbangkan untuk mengisi jawatan menteri yang dipegang oleh Zuraida,” katanya

No comments: