Pernah terjadi di sebuah kampung apabila berlakunya kematian,
disebabkan keluarga tersebut menerima duit sumbangan yang banyak.
Maka ada
seorang Lebai mendekati waris keluarga arwah tersebut dan berbisik kepadanya.
"Banyak
dapat sumbangan, boleh la jemput ramai sikit kenduri malam nanti...."
Waris
yang sedang berduka mengangguk tanda faham walau hakikatnya yang mati itu
suaminya, sedangkan dia hanyalah suri rumah sepenuh masa. Terdapat 4 orang anak
yang masih bersekolah. Si suami bekerja sebagai pemandu bas sekolah sahaja.
Selesai
urusan kebumi jenazah, si balu kalut semacam meminta bantuan sanak saudara yang
ada untuk membuat persiapan kenduri tahlil dan makan² yang akan dilakukan malam
ini.
Di
ambilnya wang yang terdapat di dalam bekas dari hasil sumbangan orang ramai
lalu di arahkan adiknya keluar membeli bahan masakan dan yang lain pula
membantu apa yang patut di dapur.
Selepas
isyak jemputan hadir, membacakan tahlil. Selesai ia, mereka dihidang dengan
sedikit juadah rakyat marhaen.
"Ayam
masak merah..." Kata tetamu apabila melihat hidangan.
Sementara
di dapur si balu kepenatan dia duduk termenung sambil berlinang air mata
memikirkan sang suami di alam sana.
Sekejap
pula imbasan terhadap arwah, fikirannya mula beralih arah menu juadah untuk
esok malam. Si balu mula mengeluh dalam masa sama dia teringat bahawa cuti
sekolah hampir berakhir. Persiapan untuk pembukaan sekolah belum dibeli.
"Manalah
nak cari duit untuk baju sekolah dan yuran ...." Sambil matanya jauh merenung
nasib diri dan anak-anak
Kisah Rakyat
Marhaen..Tahlil tak salah, yang salah si jahil.