NAJIB NI BERANI KE ????

 

Rafizi mahu debat terbuka dengan Najib




KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya setuju untuk berdebat dengan Najib, kalau mana-mana pihak nak jemput saya berdebat boleh cuma masalahnya saya yakin Najib tidak akan setuju.

“Masuk mahkamah pun dia tak tahu semua, jadi sebaiknya kalau Najib betul-betul yakin beliau tidak bersalah dan yakin pimpinan terbaik untuk negara ini jadi siapalah saya tanpa jawatan politik dan sepatutnya dia sudi berdebat sahaja,” katanya dalam temubual khas SkopMG berjudul Saya Kembali Demi Rakyat semalam.

Rafizi berkata demikian mengulas sama ada beliau sedia untuk berdebat dengan Najib selepas ‘perang’ kedua-dua mereka di media sosial sebelum ini.

Dalam pada itu, Rafizi berharap agar Najib sudi untuk berdebat denganya merungkai isu-isu ketika pentadbiran dan selepas pentadbiran Najib.

“Saya sangat alu-alukan kalau Najib sanggup untuk berhadapan kembali menjawab isu kerana sepanjang saya dalam Parlimen dalam tempoh lima tahun lalu, malah ucapan saya tidak pernah sentuh orang lain, hanya Najib seorang.

“Saya sentuh Najib kerana amanah penting itu diberikan kepada beliau tapi beliau tidak pernah jawab dan tidak pernah hadir, jadi sekarang dia sudah tidak jadi Perdana Menteri sebaiknya dia patut hadir mana-mana jemputan untuk berdebat,” katanya lagi.

Terdahulu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor juga pernah mencabar Najib untuk berdebat dengannya mengenai isu Felda

Najib menyahut cabaran debat Mohamed Azmin secara sindiran dengan menyatakan wajah Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu ‘kabur’. – MalaysiaGazette


No comments: