BERANIKAH NAJIB BERDEBAT DENGAN RAFIZI?

 Sebagaimana diumumkan Rafizi Ramli sebelum ini, bersama kembalinya semula ke kancah politik, beliau turut berhasrat menyasarkan Najib Razak yang dianggapnya banyak mengelirukan rakyat sejak kehilangan kuasa pada PRU14 lalu sebagai matlamat perjuangannya.

Katanya, tindakan Najib meraih populariti dengan mengelirukan rakyat perlu disanggah dengan fakta dan angka bagi membuktikan apa yang dilakukan sejak hilang kuasa adalah hipokrasi semata-mata.

Sehingga ini, Rafizi dan Najib sudah berbalas kenyataan melalui media sosial berkaitan kemelut yang dihadapi syarikat Sapura Energy dan kaedah penyelesaiannya.

Dalam wawancara dengan sebuah portal berita malam tadi, Rafizi tanpa ragu-ragu menyatakaan kesediannya berdebat dengan bekas Perdana Menteri yang telah dihukum bersalah oleh mahkamah itu.


Video Player
00:14
01:12

“Saya setuju, tapi saya yakin Najib takkan setuju.

“Sebab masuk dalam mahkamah pun, semua dia tak jawab tak tahu,” tambah Rafizi lagi.

Alamakk…macam mana ni Bossku?

Janganlah bagi malu dan akhirnya benar-benar tak setuju nak berdebat dengan Rafizi.

Orang Bugis kan mesti berani?

Lagi pun, bukankah Rafizi dah setuju tu, malah setujunya beliau itu seperti suatu cabaran sebenarnya?

Malulah kalau takut berdebat dengan Rafizi…malu apa Bossku?

Dalam FB, nampak bukan main hebat dan seolah-olah tahu semua perkara, takkan takut untuk berhujah secara bersemuka.

Atau Najib nak buat permohonan khas dalam debat itu nanti beliau mesti dibenarkan membawa semua admin FBnya dan mereka mesti duduk di sebelahnya?

Ada berapa ramai sebenarnya admin FB Najib?

Lima orang? Sepuluh orang? – ShahbudinHusin 02/04/2022.


Lima orang? Sepuluh orang? – ShahbudinHusin 02/04/2022.Video Pl

No comments: