KEH...KEH...NAJIB....NAJIB.....

 Kisahnya...

Rupanya Sapura tak minta pun duit rakyat. Sapura dah sedia ambil beberapa langkah untuk pulihkan kedudukan kewangan mereka.
Najib sibuk nak selamatkan Sapura gunakan dana rakyat ni sebab nak jadi hero je. Supaya dia boleh cakap nanti dia yang selamatkan Sapura.
Petikan dari tulisan Rafizi seperti yang berikut:
"Hampir semua dari langkah-langkah ini telah pun dilaksanakan oleh pengurusan baru Sapura:
10 Mac 2022 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi pelepasan kepada Kumpulan Sapura di bawah Seksyen 366 dan 368 Akta Syarikat yang membolehkan Sapura merundingkan menstrukturkan kembali pembayaran hutangnya kepada pemiutang dan vendor.
4 Februari 2022 – Sapura mengumumkan ia akan menarik diri dari projek Yunneng Wind Power di Taiwan yang bermasalah dan ada kesan kepada prestasi kewangannya.
8 Disember 2021 – Sapura mengumumkan operasi minyak dan gasnya masih kekal dengan pengeluaran harian 34,000 tong minyak. Ia juga memberi fokus kepada 59 projeknya di seluruh dunia mengikut pelan rasionalisasi operasi yang diberi nama “Pelan Reset”.
8 Disember 2021 – Sapura mengumumkan satu pasukan khas diketuai CEO dan 5 ahli Lembaga Pengarah dengan dibantu penasihat kewangan dari PriceWaterhouseCoopers (PwC) dan Rothschild & Co untuk menggubal pelan pemulihan."
Sapura jatuh kepada keadaan sebegini kerana cara pengurusan lama - yang kawan Najib tu. Mujur kini Sapura diketuai mereka yang kompeten.
Mungkin boleh kata langkah PH jadikan Sapura GLC telah selamatkan syarikat ini sekarang. Sebab kalau tak, kawan Najib tu masih kekal CEO. Bayangkan apa yang akan terjadi?
So itulah kisah sebenarnya. Isu yang bukan isu. Najib saja bikin kecoh sebab nak nampak macam dia hebat. Rupanya hanat. Guane boh?

No comments: