KEH...KEH...TAKKAN TAKUT SAMPAI SEKARANG..

 Sejujurnya, aku baca tajuk saja. Sebab nak baca kena log in. Kena bayar. Aku tak sanggup laburkan duit untuk akhbar BN seperti Utusan ini.

Suara yang mahukan DS Anwar bersara sebenarnya datang daripada musuh beliau. Bukan penyokong. Puncanya kerana mereka takut kepada DS Anwar.
Sama ada DS Anwar sudah berusia, atau kononnya kerana kalah PRN demi PRN atau gagal kumpul sokongan untuk jadi PM, bagi aku DS Anwar masih kekal relevan.
DS Anwar masih gigih jalankan tugas menentang kebobrokan BN. Siapa yang bawa isu Pandora Papers dan terbaru penjualan MySejahtera di parlimen kalau bukan DS Anwar?
Mana Shafie? Mana Mukhriz? Mana Saddiq? Kalau nak kata DS Anwar dinosor atau fossil, malah MP muda macam Saddiq pun tak dapat menyaingi kegigihan DS Anwar menentang BN.
Yang patut bersara adalah makhluk seperti Shafie, Mukhriz atau Zahid sendiri. Merekalah yang gagal menjalankan tugas membela nasib rakyat.
Soal kekalahan PRN demi PRN, kalau sebab kalah PRN kena bersara, setiap kali ada PRN bermakna ada presiden parti yang kena bersaralah. Begitu?
Shafie kalah PRN Sabah sewaktu dia adalah Ketua menteri. Tapi tak pula orang suruh Shafie bersara kan? Kenapa tumpu kepada DS Anwar saja?
Pengkritik kena lihat apa punca PH kalah PRN. Ia kerana kelemahan PH semasa memerintah dahulu. Tapi DS Anwar tidak ada dalam kabinet waktu itu.
Kalau sebab PRN nak suruh DS Anwar pencen, sepatutnya semua pemimpin yang jadi menteri ketika PH memerintah dahulu yang bersara kerana merekalah punca PH ditolak rakyat hari ini.
Akhir sekali soal sokongan untuk membentuk kerajaan. Entah kenapa yang ini pun DS Anwar juga dipersalahkan. Dalam PH tu memang DS Anwar yang kena buat semua benda ke?
Pemimpin lain buat apa? Kenapa orang lain tak cuba tolong dapatkan sokongan untuk DS Anwar? PH memang one man show je ke?
Lagipun DS Anwar tak dapat sokongan daripada UMNO dan PN kerana enggan gadaikan prinsip. Adakah itu salah? Jadi kita memang mahukan seorang PM yang rela bersekongkol dengan para penjenayah demi untuk dapatkan kuasa? Begitu?
Keadilan dan biasa kalah. Dari awal penubuhan. Menang sekejap, sekejap kalah teruk. Kemudian menang semula. Itu normal. Itu adat bertanding.
Tapi dulu tak dengar suara suruh DS Anwar undur. Kerana dulu, masa BA dan PR dulu, BN tak terasa ancaman seperti sekarang. Hari ini, kedudukan pembangkang lebih utuh.
Sebab itu sibuk keluar cerita mahu DS Anwar undur semata-mata sebab mahu lemahkan PH. Sebab itu aku kata yang sibuk nak DS Anwar bersara adalah musuh PH.
Tapi ada juga la seekor dua pemimpin PH sendiri yang bodoh berpolitik sampai boleh terikut berjoget lagu yang didendangkan oleh musuh. Guane boh?
May be an image of 1 person and text that says "UM Utusan Online KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya mempertimbangkan pendekatan sama seperti bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bersara daripada politik. Ini kerana beliau dilihat gagal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor, malah dakwaan beliau mempunyai sokongan kukuh serta meyakinkan daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah menjadi kenyataan.... htp:/ warwja-bersara-kera-gaga-banyakali UTUSAN COM MY Anwar wajar bersara kerana gagal banyak kali KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarn..."

No comments: