MALAYSIA DISISIHKAN DUNIA

 



KITA DISISIHKAN DUNIA ?

Keperitan disisihkan dunia nampaknya semakin dirasai dan semakin memalukan.

Pelaburan disisih..

Pelaburan Singapore 58b dan kita hanya 2.5b yg dikaitkan akibat index rasuah yg memuncak didunia..Perhatikan kedudukan kita dgn jelas dlm graph dibawah ye..Boleh tak bayangkan pelabur asing leh sumbat 58 bil kat tanah sekangkang kera di singapore dan kita ngan begitu luas hanya mampu tarik 2.5bil saja?

Internet disisihkan..

Capaian internet Singapore akan ditingkatkan dgn penyertaan dlm projek kabel dasar laut dan kita disisihkan terus..

Forum Alam Sekitar sedunia

Singapore,Indon dan malah Vietnam dijemput dan sekali lagi kita disisihkan..

Well, ini setakat yg kita tahu..Yg tak tau brp lagi bukan?

KELEMAHAN KERAJAAN SAHAJA?

Tidak bagi saya..Saya tak akan salahkan kerajaan dlm isu ini 100%..Terkejut bukan?Tuan Puan,bagi saya ini semua bahana mentaliti kita..MENTALI rakyat negara ni sendiri.

Hakikatnya, kita sudah jauh kebelakang dlm aspek mentaliti..Kita sendiri dah sebabkan ramai pelabur lari..

Kita terlalu taksub dan terlalu ghairah merasakan diri kita

hebat

dek penangan parti2 politik yg agak galak membentuk fikiran rakyat yg agak tersongsang..Semangat kaum dan agama menebal menyebabkan kita terlalu tertumpu kearah parti2 yg explotasi pemikiran kita dengan dakyah2 extreme sebegini.

Setiap kempen PRU atau apa2 forum,ceramah atau perhimpunan berkenaan isu2 sebegini,berduyun2 kita turun..Isu ICERD malah RUU355 menjadi satu tarikan rakyat kumpul ramai2 dan bersuara lantang diperhimpunan gergasi padahal takde pula yg tergerak nak berhimpun tuk tuntut gaji minima mahupun berkumpul tuk tentang rasuah atau kecurangan dlm politik..

Lihat sahajalah bagaimana begitu ramai rakyat boleh undi dilaman maya tuk sokong perasuah yg disabit sebagai calon PM baru2 ini...Lihat sahaja bagaimana bagai monyet bergayut di pagar mahkamah ketika perasuah tu disabit kesalahan rasuah...Bagaimana pelabur melihat kita pula sekarang??

Malah jika anda perhati, apabila kes2 perasuah ni dijuang, hanya kaum2 minority tertentu yg kumpul bersuara lantang spt dlm BERSIH dulu..Masyarakat kaum majority pula diamkan diri kononnya atas alasan pemimpin tu sama bangsa dgn mereka..Rasuah tu libatkan seluruh rakyat dan ekonomi kita bukan?Kenapa dlm hal ni pun nak pilih bangsa mana yg dituduh sebelum suarakan tentangan??

KITA LUPA MELIHAT DUNIA

Mentaliti kita menyebabkan kita tak paham apa yg dunia harap dari kita..Kita lupa dunia perhati bertapa progresif masyarakat itu sebelum melabur dinegara itu..Dunia nak lihat bertapa maju pemikiran kita menentang rasuah..Dunia nak lihat bertapa kita pentingkan intergriti dan keadilan tatasocial masyarakat.

Dinegara ni jika begitu ramai rakyat sendiri menyokong pemimpin perasuah dan masih menyokong juga setelah disabitkan,maka apa yg akan berlegar dikepala pelabur asing??Dapatkah pelabur2 ni menjalankan perniagaan yg jujur dan bersih dinegara ni jika rakyat sendiri tak kisah menjulang pemimpin perasuah???

Dapatkah pelabur mengharapkan berniaga didlm masyarakat yg berfikiran maju jika asik mengutuk,menghina dan mencaci bangsa dan agama lain secara terbuka dan tanpa segan dan tanpa mampu dikawal kerajaan??Buka saja ruang komen klu ada isu libatkan bangsa dan agama..Tanpa segan kita mampu mengutuk sesama kita hanya tuk suka2 spt org kerosakan mental..

Isu keling dlm kamus DBP sbg contoh..Tanpa sebab berlumba2 ramai mengomen dan mempertahankan ayat sebegini dgn alasan bodo spt sejarah dan bagai hanya krn anda mmg pun nak hina mereka..

Jgn lupa,dunia sedang melihat kita..Setiap gerak geri kita sedang diperhati segala duta2 asing malah masyarakat perniagaan dunia..Apa yg kita lakukan setiap hari dinegara ni menjadi 1 bahan berita tuk dibesarkan dinegara luar..Malah diburukan setengah pemimpin pembangkang yg galak jumpa duta2 ni tuk jelaskan lagi bertapa buruk negara ni seolah2 mensahkan apa yg sudah buruk dinegara ni..

Malah jgn terkejut melihat isu sajat pun dibesarkan diperingkat global seolah2 negara kita zalim terhadap transgender dan galak cabul hak asasi manusia.

Ucapan pemimpin2 agama yg menghina agama lain spt Mufti2 terkenal pun dijadikan 1 bahan seolah2 kita negara yg tak hormati hak agama..

Banyak isu sedang diperhati dunia dari kematian di balai polis sehingga kes2 rasuah melibatkan pegawai2 kerajaan dan malah sifat kita yg gagal benteras semudah beli barang ciplak dan kes2 pengedaran dadah serta pengunaan dadah yg agak parah juga dijadikan isu..

Lihat saja bagaimana galaknya rakyat kita kejar2 nak kaya dgn membiarkan barang seludup,ciplak malah dadah diniagakan tanpa kawalan diantara kita..Lihat juga brp ramai pegawai2 kerajaan bersekongkol pula..

Melihat segala tindakan tegas PDRM dan SPRM benteras kartel2 sekarang, saya dapat rasakan kerajaan dah sedar masyarakat dunia sudah mencop kita sbg masyarakat rasuah dan usaha mereka pasti kearah membersihkan presepsi sekarang dgn menangkap pegawai2 buruk ini..

3 ISU UTAMA YG DIPERHATIKAN

Dari apa yg saya terangkan mungkin anda dah paham ada 3 isu penting yg menyebabkan kita disisihkan pelabur2 asing.

1)Kegagalan kawal sindrom Rasuah,

2)Kegagalan menjamin hak asasi manusia 3)Ketaksuban melampau rakyat yg tak bijak berpolitik akibat taksub dgn dakyah politik rasist dan agama melampau.

Ya,ketiga2 ni ada penglibatan kita dan bukan politikus sahaja..Kita sendiri biarkan dan halalkan semua ni tanpa menunjukan apa2 penentangan..Lebih buruk lagi kita menyokong pula anasir2 sebegini di laman2 social dan perhimpuan terbuka tanpa segan..

Jika anda ingin bantu negara ini,mulakan dgn menolak 3 anasir buruk ini..

Hormat sesama manusia dgn kurangkan ego kita agama superior atau bangsa superior..Usah hina mana2 kaum atau agama hanya krn anda dilahirkan dlm 1 kelompok agama dan bangsa itu..Hormat manusia krn sikap dan intergriti mereka..Pilih pemimpin harus dasarkan aspek ini sahaja..

Dlm politik,pilih mereka yg bijak dan telus juangkan hak kita dan bukan tumpu dia agama atau bangsa apa..Sokong kebenaran dan sokong sesama anda bagi mereka yg juangkan hak rakyat melebihi hak politikus atau parti2 sahaja..

Betulkan diri kita..Jgn cari makan ikut jalan haram..Usah sekongkol dgn rasuah walaupun sekadar nak beri duit kopi kat pegawai2 kerajaan..Cuba betulkan diri anda dan cuba amalkan hidup berintergriti tanpa libatkan diri dlm rasuah walaupun sekecil mana..Jgn kita pula rosakkan pegawai2 kerajaan kerana kepentingan diri kita..

Jika kita mampu lakukan pekara2 semudah ni, pasti kita mampu bangkit sebagai 1 negara yg amat disegani dirantau ini malah didunia..Kebanggaan sebenar bukan melalui pujian syok sendiri diantara kita tapi kepujian dan pengiktirafan sebenar dari masyarakat dunia..

Rayyan Radzwill