WOI HANGPA TAK MALU KA WOIII- PAS UMNO TAK AJAK P DOK SONDOI BUAT APA -LAIN KALI P CIUM TANGAN WAK ZAHID TAKI WOIIII

 

Takiyuddin akhirnya dedah Umno tak jemput pun Pas hadir PAU kali ini


Takiyuddin akhirnya dedah Umno tak jemput pun Pas hadir PAU kali ini




Pas mengesahkan tidak menerima jemputan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur ketika ini.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berikutan tiada jemputan, justeru parti berkenaan tidak akan menghadirinya.

“Tidak ada (jemputan) setakat saya jadi Setiausaha Agung saya tak terima jemputan untuk hadir (PAU) jadi kita tak hadir… Pas dan UMNO masih dalam kerajaan dan kita berperdana menterikan UMNO dan BN (Barisan Nasional),” kata beliau.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditanya sama ada Pas dijemput untuk menghadiri PAU yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bermula semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas dan UMNO masih berada dalam sebuah kerajaan di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah dari UMNO.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor yang baharu, Pas katanya, menyambut baik pelantikkan tersebut sejajar dengan kehendak Sultan Johor.

Katanya berdasarkan undang-undang, Sultan Johor mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan seseorang Menteri Besar tanpa memerlukan nasihat daripada mana mana pihak.


No comments: