APA PULA KATA FARHASH

 



Farhash Wafa Salvador

1105iS6562p38o80n16hom16ue6d  · 

Penglibatan saudara Rafizi Ramli dalam kancah politik tanah air sudah tidak dapat dinafikan lagi terutama sumbangannya dalam menghiburkan rakyat.

Terbaru beliau memaklumkan kepulangnya ke arena politik sekali gus menamatkan percutian sebelum ini dengan mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.

Kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan itu kian menterjemahkan agenda tersembunyi dengan berdolak-berdalih dari menyatakan cita-cita sebenarnya.

Rafizi yang banyak berkias dalam kenyataannya dengan menyindir Presiden parti sebagai lemah dan menyifatkan percutiannya dari aktif dalam KEADILAN sebelum ini adalah kerana tidak bersetuju dengan keputusan dibuat pimpinan.

Maka dengan itu, ramai pihak merasakan bahawa Rafizi tidak mampu untuk menerima keputusan yang dibuat secara kolektif oleh pimpinan dan hanya dengan diberi kuasa mutlak sebagai Presiden akan memuaskan hatinya.

Rafizi juga secara biadap menyatakan bahawa beliau memilih untuk tidak bertanding jawatan Presiden supaya tidak menimbulkan kacau-bilau dan mengganggu mesej-mesej parti kepada umum.

Persoalan penting yang harus dijawab adalah, adakah beliau merasa layak untuk menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden?

Jika dirasakan begitu, gelanggang demokrasi ini dibuka seluasnya. Biar anggota KEADILAN melihat wajah sebenar kerakusan kuasa yang sanggup membelakangkan kepimpinan parti.

Saya ingin menasihatkan saudara Rafizi untuk bersikap jujur pada diri sendiri dan berhenti bermain politik murahan sebegini.

Sebagai orang parti, dia sewajarnya lebih beradab sejurus kembali ke gelanggang politik dan sentiasa berhati-hati dalam setiap pertuturannya agar tidak mengguris hati semua anggota KEADILAN.

Harus diingat, KEADILAN merupakan sebuah parti yang cukup dinamik kerana ianya merangkumi suara seluruh lapisan masyarakat dan setiap keputusan parti perlu diterima secara berjemaah.

FARHASH WAFA SALVADOR