PAU 2021: Pemuda Umno sedia ‘sinsing lengan’, desak mandat rakyat dikembalikan
PETALING JAYA: Pemuda Umno memberi gambaran sudah bersedia menghadapi PRU15 dan mendesak agar mandat rakyat dikembalikan, demi mencapai kestabilan negara.
Menegaskan fenomena pengkhianatan dan pencabulan mandat rakyat tidak boleh lagi dikompromikan, Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki berkata tidak ada pilihan selain pilihan raya kerana negara tidak lagi stabil sejak mandat itu dikhianati.
“22 bulan di bawah PH, 18 bulan di bawah PN dan hampir 8 bulan di bawah PN 2.0, kestabilan negara masih belum pulih dan pertumbuhan ekonomi juga terus tersekat.
“Tiada lagi sebarang alasan untuk kita menafikan hak rakyat menentukan kestabilan,” katanya dalam ucapan dasar Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), sebentar tadi.