DIA ADA HAI- BUKAN BLAH TAK MAU JAWAB HAL 1 MDB- DERIS SAGON KENA BANTAI

 

Saya ada hal kecemasan, bukan letak jawatan’, Zafrul perjelas ketidakhadiran di Parlimen

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau tiada niat untuk tidak
 menunaikan tanggungjawab menjawab soalan di Parlimen sebagai
 Menteri Kewangan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan sebuah akhbar bahawa beliau sudah meletak jawatan susulan tidak hadir di Dewan Rakyat ketika sesi pertanyaan menteri pagi tadi.

Sebaliknya, beliau memaklumkan mempunyai hal kecemasan yang perlu diuruskan dan ia sudah dimaklumkan terlebih awal.

Tengku Zafrul mengulas spekulasi laporan sebuah akhbar hari ini bahawa beliau sudah meletakkan jawatan susulan pengumuman kerajaan semalam membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara “one-off”.

“Saya ingin merujuk kepada laporan Utusan Malaysia yang bertanya sama ada saya telah letak jawatan. Saya ingin menjelaskan bahawa ada sedikit kecemasan peribadi yang terpaksa diuruskan pada pagi ini, dan perkara ini telah dimaklumkan semalam.

“Tiada niat untuk tidak menunaikan tanggungjawab saya menjawab soalan sebagai Menteri Kewangan,” katanya dalam kenyataan diedarkan kepada media.

Ketika sesi pertanyaan menteri, soalan M Karupaiya (PH-Padang Serai) yang meminta Menteri Kewangan menjelaskan baki hutang 1MDB dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Harun bagi pihak Tengku Zafrul.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Tengku Zafrul didakwa meletakkan jawatan selepas ketidakhadirannya di Dewan Rakyat bagi mengemukakan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021 (2022).

Ia dikaitkan dengan kenyataan Tengku Zafrul menerusi wawancara bersama media tempatan sebelum ini sebagai berkata, beliau rela meletak jawatan daripada berkompromi dengan sebarang keputusan melibatkan kementeriannya yang difikirkan silap, termasuk pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 secara “one-off”.

Ketika Timbalan Menteri Kewangan I, Shahar Abdullah tampil di Dewan Rakyat bagi mengemukakan RUU Perbekalan Tambahan (2021) 2022, Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) meminta kepastian sama ada Tengku Zafrul sudah meletakkan jawatan atau belum.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul menegaskan seperti amalan sebelumnya, Timbalan Menteri Kewangan yang akan membentangkan RUU Perbekalan Tambahan.

Beliau turut menegur Utusan Malaysia supaya berlaku adil ketika membuat liputan.

“Sebenarnya, ini memang berdasarkan perancangan kita. Tahun lepas pun, Timbalan Menteri Kewangan juga yang bentangkan, atau mungkin Utusan Malaysia buat-buat tak tahu, tak ingat atau tak kisah.

“Saya mohon, kalau boleh, adillah sikit bila buat laporan media – gunakanlah kuasa pena anda untuk menceritakan hal yang betul, bukan menghebahkan khabar angin,” katanya.

Mengenai sesi pertanyaan menteri, Tengku Zafrul berkata hanya menteri saja yang boleh memberikan jawapan dan kerana itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diminta membacakan bagi pihaknya.

“Mengikut SOP soalan MQT (waktu pertanyaan menteri), hanya menteri sahaja yang boleh memberikan jawapan, dan ini bukan pertama kali seorang menteri diminta untuk membacakan jawapan menteri lain,” jelasnya.

No comments: