PUNYA LA TAK ADA IDEA...JADIKAN WARISAN ATAU MUZIUM UNTUK GENERASI KINI ...

 

Setelah dibantah, Saarani akhirnya batal tender jual istana Raja Muda di Teluk Intan

Setelah dibantah, Saarani akhirnya batal tender jual istana Raja Muda di Teluk Intan

Kerajaan negeri Perak telah membatalkan pelaksanaan proses tender terbuka penjualan tapak bekas Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya membuat keputusan itu setelah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak untuk menjual tapak bekas istana berkenaan secara tender terbuka bagi laluan pembangunan projek komersial dan bangunan bercampur.

“Setelah pelbagai penelitian dibuat, kita telah membatalkan tender tersebut. Kita juga tidak akan menyewa tapak bekas istana itu kepada mana-mana pihak,” katanya ketika diminta mengulas mengenai status pelaksanaan proses tender penjualan tapak bekas istana berkenaan.

Saarani berkata pada sidang media selepas merasmikan Rangkaian Infrastruktur Jalur Lebar Allo Technology peringkat negeri Perak dilaksanakan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad, Allo Technology Sdn Bhd di Ipoh hari ini.

Pada September lepas, Saarani berkata kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan proses tender penjualan tapak bekas istana itu bagi membolehkan beberapa kajian terperinci selepas mengambil kira pandangan dan bantahan beberapa pihak.

Media sebelum ini melaporkan Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah menzahirkan harapan agar bangunan istana itu dikekalkan dan tidak dijual kepada pihak lain dan perlu dibaik pulih.

Raja Nazhatul Shima bertitah baginda sayangkan istana itu kerana pernah tinggal di sana semasa kecil yang menjadi kenangan indah baginda, tambahan pula yang mendiami istana itu kesemuanya Raja Muda Perak.


No comments: