KENYATAAN MEDIA

 

Kenyataan Media

24 Februari 2022

PRN JOHOR : KEADILAN DAN PAKATAN HARAPAN WAJAR TUNTUT SEMULA KERUSI MUDA

Tindakan Muda yang memutuskan untuk meletakkan calon di kerusi Larkin pada PRN Johor kali ini sudah menjejaskan kerjasama dan usaha terhadap muafakat penyatuan parti pembangkang.

Muda yang pada awalnya sudah ditawarkan 3 kerusi oleh KEADILAN dan beberapa kerusi yang lain oleh DAP dan Amanah perlu menghormati rakan dan runding sebaik-baiknya sebelum proses pemilihan calon diadakan.

Jika Muda terus berlagak sebagai abang besar seperti ini, maka tiada faedah dan manfaat kerjasama ini dibincangkan serta mereka sebaik-baiknya memilih jalan yang sama seperti Pejuang dan Warisan.

Sikap Muda bukan sahaja boleh menjejaskan keharmonian kerjasama politik, malah konteks yang lebih luas untuk kita pertimbangkan adalah perasaan akar umbi dan kemungkinan yang akan berlaku menjelang hari pengundian.

Ruang dan peluang masih terhidang buat KEADILAN untuk berbincang semula bersama-sama Amanah dan DAP bagi meletakkan calon di kerusi-kerusi yang sudah diberikan kepada Muda terutamanya N41 Puteri Wangsa.

FARHASH WAFA SALVADOR

 

No comments: