RAKYAT MALAYSIA KENA BELAJAR SEJARAH JEPUN

 




Malaysia ada 3 PM, Jepun ada 4 PM apa nak hairan?

PAS buktikan kekuasaan mereka politik ‘mudah’

RAKYAT MALAYSIA KENA BELAJAR SEJARAH JEPUN

Semalam saya menulis adakah perlu kita terlalu akademik dlm kempen pilihanraya. Saya berhujah tidak perlu kerana majoriti pengundi Melayu mereka mahu yg mudah difahami atau straightfoward.

Mcm tgk movie mereka pilih tonton filem Sembilu sb ceritanya mudah. Bercinta dan konfliknya ada org ketiga. Kemudian org Melayu suka tgk hero bermotorsikal kuasa tinggi, lafaz cinta atau lafazkan perpisahan di Cameron Highland atau Genting Highland… Formula ini byk diambil dari kejayaan filem Azura.

Ya pemimpin2 kita bercerita soal korupsi, soal 1MDB, soal defisit belanjawan, pasal laporan GFI RM889 billion wang haram telah mengalir keluar dalam tempoh 8 tahun (2000-2008), kertas Pandora RM 1.8 trillion wang rakyat di bawa keluar ke pusat kewangan luar pesisir pantai dan mcm2 lagi.

Nampak level kayangan atau bicara bijak pandai secara intelektual. Tapi kita tak belajar sejarah semua sutradara yg melahirkan filem bermutu, penuh artistiknya dan kritikal gagal. Begitulah juga pengundi2 Melayu luar bandar.

Pemimpin PAS mudah sahaja mereka berkempen…Naik atas pentas jerit takbir…cukup kata UMNO kafir, DAP ektrimis, PKR penipu dan Amanah barua DAP. Walaupun hujah mereka ini semua fakta borak kedai kopi tapi sgt berkesan pada pengundi Melayu luar bandar.

Buktinya PAS berjaya menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah…Sebab apa? Sebab itulah daya pemikiran org2 kita. Pemikiran intellectual hanya berlaku di kawasan bandar. Bab politik kita lihat siapa lebih bijak? ‘Jgn disangka Malaysia tanpa salji tiada wakil Olimpik musim sejuk’.

Sebab itu selalu saya katakan bacalah buku dan pandangan Abdullah Mursyi, Za’aba, Hamka, Prof Engku Aziz, Prof Syed Hussain Al Attas dan Saujana Barat dan Kolonial British seperti Wright & T. H. Reid, Frank Swentteham, Hugh Clifford dan ramai lagi. Bila kita khatam dgn mudah kita kenal bangsa kita.

Sebab itu juga saya suruh ulas isu KWSP, booster, pencen dan kemahuan anak2 muda. Semalam juga saya ada mengulas sedikit mengenai penggunaan ayat korupsi. Rata2 rakan2 bersetuju ayat rasuah itu lebih terkesan di hati org Melayu. Kenali bangsa kita jadi mudah kita nak kempen pilihanraya.

Kita kena jadi mcm org UMNO… mereka tahu sasaran pengundi mereka. Bila berceramah di kampung dia kata tanpa UMNO org Melayu akn menjadi hamba pada tanahnya sendiri. Tapi bila ceramah dlm Dewan MCA… PM guna slogan 1 Malaysia.

Sebab itu saya pernah menulis PH melalui PKR dan Amanah mesti dilihat parti hero Melayu. Angkat isu2 kepentingan org Melayu. Utk pengundi Cina biar DAP uruskan. Kita mesti mainkan posisi masing2.

Terbaru Malaysia adalah negara terendah di Asia Tenggara yg menerima FDI. Utk kita yg memahami situasi ini ia sgt memalukan, menyedihkan dan menakutkan utk masa depan negara.

Semua ini berlaku kerana dua faktor utama iaitu rasuah dan ketidakstabilan politik negara. Kita kena belajar dari 3 negara iaitu China, Jepun dan Turki. China dan Turki pernah menjadi kuasa dunia.

Namun keduanya lumpuh pada abad ke 19. Empayar Qing China digelar ‘ Sick Man Of Asia’ dan Turki yg dikenali Khilafah Uthamaniah digelar ‘Sick Man Of Europe’.

Namun China dari negara yg dianggap sinonim negara yg miskin hingga mudah dijajah Jepun bangkit sejak 1992. Antara formula mereka ialah menghapuskan rasuah.

Bermula dgn polis2, kakitangan kerajaan hinggalah kpd Menteri mereka ditangkap kerana rasuah. Mereka putuskan perasuah dihukum tembak sampai mati. Nanti kita bicarakan dgn terperinci di isu yg lain kebangkitan China. Turki juga sdg bangkit apabila Erdogan mengambil alih kerajaan.

Jepun jarang kita pelajari atau ketika itu kita kurang ambil peduli mengenai politik Jepun. Kita jgn ingat di Malaysia sahaja kita mempunyai 3 PM utk satu penggal. Di Jepun antara tahun 1993-1996 mereka mempunyai 4 PM akibat ketidakstabilan politik.

Kes mereka hampir sama dgn kita apabila berlaku pergelutan politik hingga kerajaan hilang majoriti. Impaknya sama yg dirasai oleh negara kita apabila ekonomi kita menjunam hingga Indonesia jauh meninggalkan kita.

Begitulah juga Jepun kesan perebutan kuasa… China dan Korea terus mengejar ekonomi Jepun… sehingga China akhirnya mengatasi Jepun dan Korea menghampirinya.

Apabila kerajaan Jepun bertukar tukar, PM baru juga sentiasa menukar dasar ekonomi hingga negara itu terjerumus kemelesatan ekonomi. Byk kilang2 ditutup hingga hilang ratusan ribu peluang pekerjaan. Ini semua kerana tiada kestabilan politik sepertimana dihadapi negara kita skg ini.

Kita boleh jelaskan kpd org2 kampung dgn pendekatan mudah. Contoh beritahu ‘Pakcik2 wang 1 trillion itu kita boleh bina rumah percuma utk 100 ribu rakyat miskin. Kita boleh bina lebuh raya percuma, pembelajaran anak secara percuma….bla bla. Saya suka pendekatan Saifuddin Nasution ‘tenang & jelas dgn fakta.

Apapun yg penting seperti saya katakan semalam isu2 populis org Melayu jika PH tak sokong kita hanya dpt undi popular di kalangan penduduk bandar sampai bila2. Kita hanya mengharap PAS akn menerima taufik dan hidayah utk kembali kpd PH utk mendapat undi luar bandar.

BERSAMBUNG

 

No comments: