ANWAR MEMANG PATUT KECEWA....

 

Anwar kecewa dengan parti Muda

Mohd Khidir Zakaria

am@hmetro.com.my

Port Dickson: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) kerana meletakkan calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Larkin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) tidak ada masalah terhadap calon yang bertanding dalam PRN Johor tetapi masalah timbul di Dun Larkin membabitkan parti Muda.

"Perkara ini akan diserahkan kepada rakyat untuk menilai daripada segi sokongan.

"Kita memerlukan pembangkang yang kuat dan konsisten yang tidak boleh disogok atau dibeli, itu yang rakyat perlukan," katanya pada Program Santai Belia Malaysia di Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson, hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, PH tidak meletakkan mana-mana calon sebagai calon Menteri Besar tetapi mahu memastikan kemenangan (PRN) dulu.

"Perkara itu belum dibincangkan tetapi kita mahu menyelesaikan isu kerusi dengan beberapa parti komponen yang membabitkan PKR, DAP dan Amanah.

"Buat masa sekarang kita mahu tumpukan kawasan membabitkan parti dalam PH terlebih dulu," katanya.




No comments: