BANYAK PENDEDAHAN BANYAK RASUAH LA BAI- ITU YANG DIDEDAH-



Tak faham macamana dia ni boleh jadi menteri. Boleh dia kata Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tinggi kerana banyak pendedahan. Dan dakwanya lagi, di negara ini, yang bukan rasuah pun dianggap rasuah sebab itu CPI tinggi.

Pernah yang bukan rasuah tapi dianggap rasuah? Belum ada dalam sejarah. Tapi rasuah dianggap tak salah itu banyak. Contohnya rasuah jawatan kepada ahli parlimen untuk memberi sokongan terhadap Mahiaddin.
Malah ada lebai kata dalam hudud tak ada jenayah rasuah. Siap suruh tukar takrifan rasuah lagi. Nak bagi yang terima rasuah tak bersalah. Macam tu ada. Tapi yang bukan rasuah dikata sebagai rasuah seingat aku memang tiada.
Eh ada. Tapi berlaku kepada pemimpin parti lawan sahaja. Itu pun sebab. Nak suruh pemimpin parti lawan tu berpaling dan tinggalkan parti lawan. Tak mahu ikut, memang tiba-tibalah tak ada kes pun boleh kena dakwa.
Nampaknya kerajaan dah terhentak sampai dinding dah ni. Tak boleh nak pusing sampai keluar alasan bodoh begini. Sama macam lebai rimau. Makhluk begini boleh jadi menteri, alamat gelap masa depan negara. Hancur semua.

No comments: