NORMAN RADZUAN
PKR guna logo sendiri pilihan yang tepat
AHLI AMANAH & DAP TAK PERLU SINDIR...
Ada juga rakan2 saya dari Amanah yg menyindir
PKR guna logo sendiri tapi mengejutkan semalam ketika menghantar rakan dari
parti Amanah ke KKIA, dia berang dgn Presidennya. Lalu saya pun terus mengambil
keputusan meluahkan isi hati saya.
Saya beritahunya...." Ketika PRN
Sabah... DAP guna logo Warisan dan Amanah guna logo Warisan... PKR tak berasa
hati walaupun boleh bertanya kenapa keduanya tak mahu guna logo Harapan. Ketika
PRN Sarawak DAP mahu guna logo sendiri dan Amanah mahu guna logo sendiri...
tiada masalah pun.
Ketika YB Aziz Bari pergi ke DAP, PKR tiada
masalah pun. Tapi ketika YB Fakhrulrazi dari Amanah berpindah ke PKR mcm2
penghinaan atau sindiran dilemparkan kpd Fakhrulrazi samada dari pimpinan
hingga ahlinya.
DS Anwar itu sudah byk sgt beralah kpd rakan
komponennya. Samada pembahagian kerusi waktu PRN2 dahulu dan skg ini. Bagi saya
beliau sgt menjaga hati rakan dari PHnya.
Malah ada satu perbualan saya dgn beliau dari
bicaranya dia sgt menjaga parti lawan walaupun saya seperti mendesak hingga
saya tidak berasa puas hati dgn jawapan beliau.
Saya yakin keputusan 'khemah besar' itu bukan
lahir dari dirinya. Tapi beliau menghormati keputusan rakan komponen apatah
jika 2 kata yes... takkan sorang kata No sebagai satu keputusan.
Jika saya menjadi Anwar tentulah saya akn
berkecil hati. Kita sgt hairan Mat Sabu tak pernah menyanggah apa2 keputusan
DAP. Malah sejak mahukan Tun menjadi PM semula walaupun dikhianati... keputusan
Mat Sabu sentiasa sealiran dgn LGE.
Saya kata kesabaran Anwar luar biasa. Beliau
pernah diherdik oleh Hadi Awang di Terengganu tapi dirahsiakan dari pengetahuan
ramai demi keutuhan PR. Kemudian pemohonannya kpd Syafie utk PKR bertanding
lebih byk kerusi ditolak, Anwar tetap tenang dan menghormatinya tanpa
mempertikaikannya.
DAP mahu guna logo Warisan yg bukan anggota
PH, Amanah pun sama. DAP mahu guna logo sendiri, Amanah pun sama. DAP mahu guna
logo Harapan, Amanah pun sama. Dulu alasan di Sabah tak mahu guna logo Harapan
lain skg nak guna logo Harapan alasannya lain.
Di sana mahu Mahathir, di sini pun mahu. Di
sana mahu khemah besar, di sini pun mahu. Di sana mahu Syafie Apdal jadi PM, di
sini pun mahu. Di sana mahu PH cari ketua baru, di sini pun mahu 😂
Jadi sebagai org politik kita faham2 sajalah.
Cuma kpd rakan komponen tidak perlu sindir menyindir. Jika tanya saya mengenai
logo parti, ia bukan faktor utama kemenangan atau kekalahan.
Tapi ia penting sebagai satu permulaan. Bab
ini sgt sensitif utk saya ceritakan skg biarlah ia bicara bersama teman dan
pimpinan. Cuma pesan saya PRU15 ini kawasan bandar atau urban, PKR mesti tegas
utk mengambilnya.
Sekali terlepas sukar utk diambil semula.
Bukan apa yg saya rasa sukar masa depan PH ini bila Amanah tidak mahu fokus kpd
pengundi luar bandar. Jika bukan Amanah siapa yg akn ambil posisi tersebut?
Persoalannya mengapa Amanah tidak mahu ambil
posisi tersebut? Sdgkan kita semua tahu urban votes dikuasai oleh PKR sejak
sekian lama. Saya bicara bukan atas kapasiti ahli tetapi atas kapasiti mantan
media yg melihat ada kelopongan dlm PH.
Dahulu kawasan tersebut diberi tanggungjawab
kpd PAS dan seterusnya Bersatu. Memang sejak dahulu PKR kurang mendapat
sambutan di kawasan luar bandar. Persoalannya mengapa Amanah tidak mahu
mengambil tempat tersebut?
Tak mengapalah dah melalut ke isu yg lain.
Bimbang tersasul kpd isu2 dalaman yg lebih sensitif. Jadi selepas ini kita tak
perlu sindir menyindir lagi. Harap rakan2 saya dari parti Amanah selamat
berjuang bersama sama. Just focus kpd PRN ini utk lawan BN."
Kawan saya tadi mengangguk kepala sepanjang
saya mulakan bicara. Dia bersetuju dan katanya ramai org dlm partinya hairan
dan tidak bersetuju dgn keputusan Presidennya.
Tapi yg seronoknya sebelum dia ucapkan
selamat tinggal menaiki pesawat Air Asia ke KL...
" Sebenarnya Man, tiada bezanya Presiden
kami dgn bekas Presiden kami dulu..." kami ketawa berdekah dekah walaupun
maksudnya sgt subjektif.