Wanita ini kongsi petua supaya nasi lambat basi, cuma masukkan satu bahan ini saja semasa ditanak

 Wanita ini kongsi petua supaya nasi lambat basi, cuma masukkan satu bahan ini saja semasa ditanak


Siapa yang selalu mengalami masalah nasi cepat basi wajib baca perkongsian ini sehingga habis. Hanya dengan meletakkan bawang putih semasa memasak nasi, dijamin nasi akan menjadi lambat basi.

Bukan itu sahaja, banyak kelebihan bawang putih yang ramai tak tahu iaitu dapat membuang angin dalam badan dan banyak lagi manfaat lain buat untuk tubuh badan manusia.

Petua ini telah dikongsikan oleh Imy R Saidin di laman sosial Facebook. Menurutnya lagi, sudah hampir 3 tahun beliau mengamalkan cara ini, anak-anak juga jarang sakit dan demam. Jom lihat perkongsian lengkap olehnya di bawah.

Petua Supaya Nasi Lambat Basi Guna Bawang Putih

Petua Sihat dari Dapur

Letak bawang putih 3-5 ulas masa masak nasi. Dah 3 tahun + saya amalkan, anak-anak jarang sakit.. Alhamdulillah. Dulu tiap bulan demam.

Selain sihat, nasi juga lambat basi. Juga bagus untuk buang angin, insyaa Allah.

No comments: