Rakyat
Melaka kembali terima BN, kata Saifuddin
Oleh FAZLI RADZI / November
20, 2021
Setiausaha Agung PKR,
Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat Melaka kembali menerima BN
untuk menubuhkan kerajaan negeri.
Menurutnya, rakyat
Melaka telah pun membuat keputusan melalui peti undi pada hari ini.
Dalam masa sama, beliau
berpendapat keputusan PRN kali ini memerlukan pihak PH melakukan pelbagai
pengamatan meliputi banyak perkara.
“Kami mengucapkan tahniah kepada
Umno dan BN juga terima kasih kepada pengundi negeri Melaka yang keluar untuk
membuat keputusan pada hari ini,” katanya pada sidang media PH sebentar tadi.
Turut
serta Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Pengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahari
merangkap calon DUN Bukit Katil dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP,
Anthony Loke Siew Fook.