Penyelewengan dan perebutan kuasa antara BN dan PN perlu dihentikan serta merta melalui Pilihan Raya Negeri Melaka esok dengan rakyat memilih Pakatan Harapan (PH).
Menurut Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat di bawah
amat resah dengan pilihan raya yang tidak perlu dan pemimpin yang terus menerus
melakukan penyelewengan biar pun pernah tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 14
lalu.
"Kami faham mengapa kadang-kadang dalam pertemuan saya di
Lendu, Paya Rumput dan sebagainya orang rasa gelisah mengapa pilihan raya
diadakan. Ia diadakan kerana kerajaan pimpinan Umno tidak menghormati semangat
rakyat, mandat rakyat dan memaksa pilihan raya.
"Ada pengajaran dari ini semua, di bawah pemerintahan Umno
dan Bersatu, kerajaan Melayu. Ada parti Melayu bersatu, Melayu kebangsaan, ada
parti Islam tetapi jumlah perjudian bertambah.
"Kemudian kalau kita lihat beberapa penyelewengan berterusan
tanpa kawalan. Kita lihat semalam anugerah khas kepada Najib. Siapa yang lulus?
Umno, Bersatu, Pas. Kemudian datang di Melaka kata tidak bertanggungjawab.
Tidak semua bertanggungjawab.
"Rakyat nak dapat RM100 sebagai nelayan, peneroka Felda,
pekerja, rumit sekali. Bila rakyat bersuara, bangkit dengan suara lantang, apa
berlaku? Najib kata dia tarik balik. Dia yang pohon dan dilulus jemaah menteri,
sekarang dia terpaksa tolak kerana suara dan kebangkitan rakyat," katanya.
Sehubungan itu, Presiden KEADILAN itu mahu rakyat Melaka memberi
sekali lagi peluang kepada Adly Zahari untuk menjadi Ketua Menteri terbaik bagi
memulakan perubahan ke seluruh negara mengutamakan urustadbir baik, adil dan
telus.
"Oleh yang demikian beri peluang kita tonjolkan Adly Zahari
sebagai calon Ketua Menteri kita yang mempunyai sahsiah mampu memimpin. Kita
tonjolkan KEADILAN, Amanah dan DAP sebagai satu pasukan padu. Berbeza dengan BN
dan PN. Bayangkan bagaimana mereka nak perintah?
"Berilah kesempatan kita pulih kekuatan di Melaka. Saya cuma
ingin gesa malam ini dan esok rakan rakan dari luar pulang mengundi.
"Jangan kita gadai masa depan kerana rasa resah satu dua
perkara remeh. Ini masa rakyat menentukan. Datanglah mengundi, pilihlah calon
yang kita yakin mampu membela kita," katanya lagi