PENIPUAN MANIFESTO

 

LIAYANA MARZUKI


Ada satu pihak sibuk mengata orang lain #penipumanifesto

To be fair, PH hanya dapat 22 bulan untuk tunai manifesto, belum sempat habis penggal, Kerajaan jatuh. Mereka dikatakan penipu manifesto.
On the other hand, BN bagi manifesto untuk PRU13, dari 60 hanya 21 yang tertunai. Kata bekas Menteri UMNO sendiri.
Itu diberi mandat penuh 5 tahun, masih tak boleh tunaikan sepenuhnya. Makanya, bolehkah kita gelar BN juga #penipumanifesto?
Propaganda politik yang “sendiri buat betul, orang buat salah”, inilah yang kita tentang.
Saya cabar BN tunjukkan bukti setiap manifesto pilihanraya mereka, kesemuanya sudah tertunai. Percayalah, mereka tak dapat buktikan.
Untuk pengundi Melaka, ketahuilah baik BN mahupun PH tidak tunaikan janji manifesto sepenuhnya. Jangan dipakai sgt janji manis mereka.
Bagi pengundi, ingat kita ni bukan penyokong taksub. Kita perlu jadi pengadil yang adil.
Nilai sesuatu bukan pakai propaganda politik. Tapi atas maklumat dan data yang lengkap. Dengar kedua2 belah pihak. Baru buat keputusan.
Menangkan yang berhak, nyahkan segala penyangak.
Our loyalty is to the country.
Never to party, nor to any personality.