ORANG MELAKA MEMANG BIIJAK BILA TIDAK MEMILIH PAS

 


PAS harap kelahiran ‘anak kedua’ pada PRN Melaka



Pada PRU14 PAS yang bergerak solo gagal memperoleh kerusi di DUN Melaka. (Gambar Bernama)

AYER KEROH: PAS mendapat “anak sulung” di Melaka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) apabila calonnya, Dr Md Khalid Kassim menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru (kini dikenali sebagai Bukit Katil).

Pada PRU14, parti Islam itu memutuskan untuk bergerak solo namun gagal mempertahankan kerusi DUN berkenaan, malah 10 daripada 23 calonnya yang bertanding hilang wang deposit.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka kali ini, PAS tampil dengan wajah baharu, iaitu bertanding dalam satu gabungan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

Melalui kerjasama itu, lapan daripada keseluruhan 28 kerusi DUN diperuntukkan kepada PAS, manakala bakinya diagihkan kepada rakan gabungan PN, iaitu Bersatu dan Gerakan.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamarudin Sidek berkata, partinya akan bekerja habis-habisan pada PRN kali ini kerana matlamat utamanya ialah kemenangan.

Katanya, mungkin pada PRU lalu, penyertaan PAS seperti menyertai sukaneka memandangkan parti bertanding di 23 DUN.

“Saya melihat ada perkembangan positif kepada PN, cuma sesetengah pengundi keliru antara warna PN dan BN (Barisan Nasional).

“Maklum balas saya terima selepas bertemu pengundi terutama di DUN yang saya tandingi (Duyong) ialah pertama, mereka inginkan perubahan kerana melihat imej BN agak tercalar dengan isu pergolakan di Melaka menyebabkan kerajaan jatuh,” katanya.

Kamarudin berkata, paling menarik ialah di beberapa tempat pengundi tertarik dengan kehadiran PN kerana reputasi yang pernah dibawa oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Katanya, imej itu agak besar ketika wabak Covid-19 melanda negara dan Perdana Menteri ketika itu mencetuskan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“…dan hari ini, kita menampakkan rahmat atau kejayaan sehingga Melaka boleh bersama negeri lain beralih kepada Fasa 4 (PPN). Ini sudah cukup memuaskan rakyat dengan imej yang bersih kerajaan Muhyiddin sendiri.

“Saya rasa, secara keseluruhan ia tidak menjadi sesuatu yang agak mustahil pada 20 Nov ini untuk menyaksikan perubahan kerajaan sama ada dalam bentuk campuran dan sebagainya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamarudin yakin PAS mampu meraih pertambahan undi memandangkan mereka bertanding dalam satu gabungan.

“Walaupun PAS tidak menang pada PRU lalu tetapi kami sudah ada undi terasnya sendiri. Apabila berlaku gabungan dalam PN, calon kita akan bertambah undi di DUN ditandingi.

“Contoh saya di DUN Duyong, dulu saya dapat lebih 3,000 undi dan dengan ada gabungan ini (PN-Gerakan), undi akan meningkat selain terdapat perubahan termasuk isu terbaru pihak lawan,” katanya yang menaruh harapan PAS akan menang sekurang-kurangnya satu kerusi.

No comments: