KAH..KAH...TAK EKSTREM TAPI SUKA FITNAH DAN BAZIR DUIT...KAH..KAH...HADI..OH.HADI

 

PN dibentuk untuk kumpul parti politik tidak ekstrem, kata Hadi



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Rakyat Melaka perlu memilih Perikatan Nasional sekiranya mahukan perubahan, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

SHAH ALAM: Pembentukan Perikatan Nasional (PN) bertujuan menolak parti ekstrem, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Katanya, usaha itu dibuat bagi menghalang negara daripada terus dipimpin kumpulan politik yang ekstrem, termasuk di Melaka.“Kita tubuh PN untuk kumpul parti tidak ekstrem yang boleh bersatu dan bekerjasama, dan kita bertanding di Melaka.

“Jadi PAS, Bersatu dan Gerakan setuju guna atas satu simbol PN bertanding di Melaka bagi menolak parti ekstrem untuk membuat perubahan. Satu perubahan mesti dilakukan, kalau rakyat Melaka nak buat perubahan pilihlah PN,” katanya ketika berucap di pentas ceramah PRN Melaka yang diadakan secara maya.

Hadi juga mendakwa ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) wujud usaha pihak tertentu untuk mengubah perlembagaan negara.

“Ketika zaman PH wujud usaha nak rungkaikan perlembagaan. Walaupun tak buat lagi tapi melalui kenyataan (mereka), terlalu banyak usaha itu hendak dilakukan,” katanya.

Jelasnya, mengambil kira wujud gerakan itu, beberapa wakil rakyat termasuk dari PAS, Umno, Bersatu dan beberapa yang lain bersetuju bergabung membentuk kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) mengikut perlembagaan.

Katanya, susulan itu semua wakil rakyat bersetuju menamakan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Kami cadang Muhyiddin jadi PM. Beliau tidak minta, kami yang cadang. Selepas itu demi nak selamatkan kerajaan yang diwujud, Muhyiddin terima pelantikan Perdana Menteri baharu (Ismail Sabri Yaakob) dengan tenang.

“Selepas kemelut di persekutuan, di Melaka kerajaan dijatuhkan oleh wakil rakyat sendiri. Ini satu cara tak bermoral, ini rakyat Melaka boleh lihat sendiri,” katanya.

No comments: