FITNAH CELAKA MANAKAH TERHADAP MELAYU PULAU PINANG..BEKALAN AIR SEJAK 60AN..RUMAH KOS RENDAH UNTUK YANG MISKIN ..

 

May be an image of 1 person and text that says "Harakahdaihı BenareInkfuaif Nasib Melayu Pulau Pinang bagaikan umat Palestin Daerah Seberang Perai Utara dan Barat Daya bagaikan Tebing Barat dan Genting Gaza September 29 2021 f Harakahdaily RinaPaang Bukit Mertajam"


Aku selalu sangat tengok dakwaan yang macam ni. Selalunya bila pemimpin PAS buat dakwaan begini, yang akan mengiyakan adalah walaun yang tinggal di luar Pulau Pinang. Manakala Melayu yang tinggal di Pulau Pinang pula akan menafikan.

Yang menariknya, Melayu Pulau Pinang pula, yang sepatutnya menjadi orang yang ditekan seperti umat Palestin di Pulau Pinang, dihamun dan dimaki sebagai DAPig oleh walaun yang tinggal di luar Pulau Pinang kerana menafikan cerita sebegini.
Aku tak pernah tinggal di Pulau Pinang jadi aku pun tak pasti benarkah sebegitu. Tapi setakat hari ini tak pernah lagi aku dengar cerita orang Melayu di Pulau Pinang dilayan sebagai kelas kedua, dihalau dari rumah, tidak dibenarkan berniaga atau diberikan bekalan air kotor sebagai sumber air harian.
Tapi ada Melayu di sebuah negeri yang diperintah Melayu yang hadapi perkara sebegitu. Melayu di negeri tersebut, selain dinafikan hak menikmati air bersih (hanya air atau lumpur yang keluar daripada kepala paip), ada juga perbuatan robohkan surau.
Perkara sebegitu tidak berlaku di Pulau Pinang setakat yang aku tahu. Tapi berlaku di negeri yang ditadbir Melayu ini. Jadi aku tak pastilah sama ada Melayu Pulau Pinang yang nasibnya seperti umat Palestin atau Melayu di negeri Melayu itu. Entahlah.