ADA LAGI YANG MABUK MABUK SEHINGGA MEMBUNUH ??? INI KERAJAAN MELAYU ISLAM....PAS ADA DI DALAM KERAJAAN INI.



Maut rempuh tembok pembahagi jalan akibat mabuk


Seorang pemuda berusia 24 tahun yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol mati selepas kereta dipandunya terbabas merempuh tembok batu pembahagi jalan di Jalan Saujana Impian arah ke Semenyih, Kajang, sebelum Subuh tadi.

Polis yang menerima laporan kejadian pada jam 5.15 pagi mendapati kereta Perodua Myvi dipandu mangsa dikenali sebagai C Ganapathi Naidu berasal dari Taman Kajang Perdana, Kajang terbalik akibat rempuhan itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan ke rumah dari rumah seorang rakannya di Sungai Long.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaannya terbabas melanggar tembok batu pembahagi jalan di sebelah kanan sebelum terbalik.

“Mangsa yang berusia 24 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Azman, menerusi siasatan awal juga mendapati lelaki itu disyaki memandu dibawah pengaruh alkohol berdasarkan bau minuman keras padanya.

“Bagaimanapun, perkara itu masih dalam siasatan dan sampel darah mangsa akan diambil untuk dianalisis.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat dan kenderaannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk pemeriksaan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM),” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Azman menasihatkan orang ramai supaya tidak memandu ketika berada di bawah pengaruh alkohol kerana ia bukan sahaja membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dan BBP Kajang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian pada jam 5.24 pagi.

Katanya, mangsa didapati tidak tersepit dalam kenderaannya yang terbalik dan pasukan bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

No comments: