Saya ulas kelmarin bila Mail umum Kabinet beliau... PH biasa-biasa je
sebab itu bukan kerajaan kita. Cuma kita terkejut Kabinet baru seperti ganti tong
sampah baru sahaja. Yang panik Presiden dan Timbalan Presiden UMNO serta Ketua
Pemudanya. Bukan sahaja panik tapi rasa seperti hilang maruah.
Hari ini Pak Jahid dan Tok Mat telah dapat menghidu bahawa
lantikan Menteri tersebut adalah untuk persiapan Mail merampas jawatan Presiden
UMNO dan KJ atau Hishamuddin akan merampas kerusi Timbalan Presiden dari Tok
Mat.
Jadi mereka akan kekalkan usaha sama kerajaan PN iaitu Bersatu,
UMNO dan PAS. Ini kerana perancangan UMNO team Zahid bila UMNO mempunyai kuasa
PM, percaturan mereka membunuh Bersatu dan pulihkan kembali Muafakat Nasional.
Tapi bila melihat kabinet Pak Mail, jelas ia ada perancangan yang lebih besar dan
berniat untuk berselingkuh dengan Bersatu pada PRU 15 nanti.