MENGAPA BEKAS MENTERI BAWA PELABURAN RM82 BILION DARI TURKI TAK DILANTIK..??

 


May be an image of 1 person and text



BOB KELANANG


Tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub tidak melantik semula Datuk Dr Khairudin Aman Razali sebagai menteri telah dipersoalkan.

Ini kerana, semasa menjadi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dahulu, beliau didakwa telah berjaya membawa pelaburan sebanyak RM82 bilion ke negara ini, satu kejayaan yang perlu dihargai.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dalam kenyataan ringkasnya bertanya, “Setahun yang lalu bergema di Dewan Rakyat ada pihak yang dikatakan bawa pelaburan dari Turki RM82 bilion.

Mengapa bekas menteri bawa pelaburan RM82 bilion dari Turki tak dilantik?

“Kenapa yang berkata dan yang dikata tidak dilantik sebagai menteri ya? Tak patut,” kata Hanipa dalam kenyataannya itu.

Sebelum ini kecoh di Dewan Rakyat, apabila ahli Parlimen Baling dari Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengatakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali membawa masuk pelaburan bernilai RM82 bilion berikutan lawatan tiga hari beliau ke Turki.

Namun selepas dipersoalkan, Azeez membetulkan semula angka itu dengan berkata Khairuddin membawa pulang pelaburan sebanyak RM82 bilion selama setengah tahun beliau menjadi menteri. Kenyataan ini juga dipertikaikan oleh ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Azeez cuba membela Khairudin yang diserang bertalu-talu ekoran tindakan beliau datang ke Dewan Rakyat ketika beliau sepatutnya masih dikuarantin selepas pulang dari rawatan pribadi ke Turki Julai tahun lalu.

Ketika mengumumkan senarai kabinetnya semalam, Ismail Sabri tidak menyenaraikan ahli parlimen Kuala Nerus daru Pas itu sebagai anggota jamaah menteri kabinet beliau.