Anwar ucap tahniah kejayaan jaguh angkat berat negara

 


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada jaguh angkat berat negara, Bonnie Bunyau Gustin yang meraih pingat emas di sukan Paralimpik Tokyo, hari ini.

"Tahniah kepada jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin yang meraih pingat emas pertama negara dan memecahkan rekod Paralimpik dalam kategori lelaki 72kg.

"Kami bangga dengan pencapaian anda!" katanya.

Bonnie berjaya menecahkan rekod Paralimpik dengan angkatan seberat 228 kg bagi kategori yang disertainya.

Sebelum ini dia memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230 kg yang sebelumnya dipegang Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229 kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.

Dalam sukan Paralimpik kali ini, Bonnie mengatasi pencabarnya dari Mesir, Mahmoud Attia yang mendapat pingat perak dan Mickey Yule dari Great Britain yang mendapat pingat gangsa.