KISAH SI SEMBAB DAN JASA PH SERTA UMNO YANG TIDAK BIJAK MEMILIH SAHABAT

 

KESIHAN SI SEMBAB

 

 

Malaysiakini - Zahid defends Muhyiddin gov't, says Umno will be check and  balance


Muhyidin dulu jadi TPM dalam kerajaan Umno/Bn, Umno campak muhyidin. Tergolek, dan PH pelihara dia. Kemudian dia jadi menteri bawah PH, dia tamak dan rakus nak jadi PM, dia berpakat dan khianat bersama si kitol Azmin. eraKjaan PH tumbang, dia jadi PM tebuk atap. Orang khianat tetap akan dikhianati. Sekali lagi Umno buat hal, terajang pula dia dari kerusi PM. Tergolek lagi. Adakah beliau mahu mengadu dengan PH lagi? Tidak. Bahkan dia sokong Umno ganti tempat dia tercampak.

Sebab tu tak pelik bila dia pernah berkata dia tak kisah kalau orang kata dia bodo...

 

Jasa PH adalah membantu Umno untuk menurunkan Muhyidin dan kerajaannya yang ketika itu sedang berusaha untuk mengharamkan Umno melalui ROS. Kerajaan Muhyidin tumbang dan tiba-tiba ROS mengaku memang ada tekanan politik agar menekan Umno. Kita jangkakan Umno akan berterima kasih kepada kita kerana bersamanya menyelamatkan nyawa Umno. Malangnya, Umno bersama dengan pihak yang bercadang untuk mengharamkan Umno.

Apakah kita menyesal? Tidak, sebab kita sudah biasa membantu pihak lain. Umno dapat jadi MB Perak pun hasil kerjasama kita juga. Waktu itu, tidak timbul "No Anwar, No Dap" kerana dengan bantuan PH sahaja Umno oleh jadi MB Perak. Apakah kita menuntut jawatan Exco dari Umno di Perak? Tidak. Kita jangkakan di peringkat Pusat, Umno akan bantu kita pula untuk mengangkat Anwar Ibrahim jadi PM. Rupanya tidak.

Ada hikmahnya kerana dengan beberapa peristiwa, kita boleh belajar mengenali kawan sejati. Rakyat pun boleh menilai siapa yang jujur sebenarnya dan siapa yang hanya pentingkan diri sendiri.

 


WFAUZDIN NS