Kenyataan Media
Sokongan Bersyarat Politik Peras Ugut MP PN Melanggari Titah YDP
Agong.
1. Saya meneliti surat pemakluman memilih calon PM dari Speaker
Dewan Rakyat kepada ahli Parlimen. Saya dapati surat tersebut adalah merupakan
arahan dari titah Tuanku Yang DiPertuan Agong untuk Ahli Parlimen Malaysia
menamakan seorang calon PM dari kalangan MP. Surat tersebut telah menyatakan
akuan kepercayaan kepada calon PM mestilah 'TANPA SYARAT'.
2. Hari ini saya telah meneliti kenyataan media Pengerusi PN Tan
Sri Mahiaddin Yassin yang menyatakan sokongan 50 orang MP PN terdiri daripada
31 MP Bersatu, 18 MP Pas, 1 MP Star dan 4 MP bebas yang pro PN kepada Datuk
Ismail Sabri sebagai PM adalah 'BERSYARAT'.
3. Saya dapati sokongan MP PN ini adalah bertentangan dengan
titah Tuanku seperti didalam surat pemakluman dari Speaker dewan Rakyat. Ini
bermakna MP PN telah membohongi YDPA di dalam surat akuan bersumpah mereka yang
tidak menyatakan syarat. Tetapi seperti kandungan kenyataan media dari TSMY
Pengerusi PN menyatakan sokongan mereka adalah bersyarat.
4. Bagi saya jika Datuk Ismail Sabri terpilih sebagai PM dan
kerajaan yg bakal di bentuk adalah dalam suasana tidak stabil dan aman serta
kucar kacir politik Malaysia akan berulang. Oleh itu satu proses baru perlu
dicari oleh YDPA bagi menjamin PM yang dilantik nanti adalah dari seorang yg
tidak takut dengan peras ugut politik dalaman seperti yang telah berlaku dan
tidak terikat dengan kepentingan politik parti sendiri.
5. Saya percaya dengan syarat dan ugutan yang dibuat oleh PN
kepada Ismail Sabri menjadikan Malaysia sedang dipengaruhi politik peras ugut
yang bercorak kumpulan Mafia. Saya percaya berasaskan pergolakan politik
dalaman Umno sebelum kejatuhan TSMY sebagai PM sudah tentu Ismail Sabri
berdepan dengan peras ugut dan syarat yang tidak dilafazkan oleh kumpulan
Presiden Umno.
6. Saya mohon kepada kebawah Duli Tuanku YDPA sebelum membuat
keputusan perlu melihat perkara ini sedalamnya demi masa depan kesejahteraan
Malaysia yang tercinta.
Mahfuz Bin Omar
Naib Presiden Amanah
Ahli Parlimen Pokok Sena
19 Ogos 2021
6.30pm
SR