JANGAN LAGI DILANTIK SI BANGANG INI

 


Doktor ini ingatkan Ismail Sabri, jangan lantik Adham Baba jadi menteri kesihatan!


Doktor ini ingatkan Ismail Sabri, jangan lantik Adham Baba jadi menteri kesihatan!


Ismail Sabri Yaakob yang dinamakan perdana menteri kesembilan memerlukan muka baharu untuk memegang portfolio kesihatan dan bukannya Dr Adham Baba, kata bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Lee berkata, ada ramai individu lebih berkelayakan yang boleh mengisi peranan penting itu.

“Beliau boleh melantik profesional dari luar lingkaran politik. Ini berkaitan soal kesihatan awam,” katanya kepada FMT sambil menambah sistem kesihatan awam perlu kekal bebas daripada politik.

Beliau berkata, kerajaan baharu patut mencari kaedah untuk meningkatkan kadar vaksinasi dan menyasarkan baki 4.5 juta rakyat yang belum berdaftar.

Katanya, kumpulan pengesanan kontak juga perlu diperkuatkan bagi menangani penularan Covid-19.

“Pentadbiran kerajaan terdahulu gagal membangunkan pengesanan kontak yang baik kerana tidak mempunyai sumber tenaga manusia mencukupi. Saya berharap beliau (Ismail) menyedari ‘flip-flop’ dalam SOP turut membawa banyak kerosakan.”

Ketua Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib berkata, muka baharu untuk portfolio kesihatan “tidak akan memberi kesan”, namun individu berkenaan perlu mempunyai kebijaksanaan dan bersedia mendengar pandangan pelbagai pihak atau belajar daripada pihak lain.

Katanya, kerajaan baharu juga perlu bersedia menghadapi lonjakan kes Covid-19 di negeri luar daripada Lembah Klang, terutamanya Malaysia Timur.

Azrul berkata, kerajaan baharu perlu mengelak daripada mengulangi kesilapan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana mudah berpuas hati dan berhenti berwaspada, dengan mengumumkan pencapaiannya sedangkan tiada bukti yang pasti untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, pentadbiran baharu perlu menjangkakan keperluan masa depan dan memberi maklum balas terhadap pandemik tanpa terpaksa menggunakan dana simpanan negara.

Azrul berkata, komunikasi mengenai pengurusan Covid-19 perlu diteruskan untuk menekankan pematuhan SOP dan vaksinasi, dengan lebih banyak data disediakan kepada orang ramai dan profesional.

“Rundingan dengan masyarakat awam adalah kuncinya. Kerajaan terdahulu jarang berunding dengan pakar di luar orang sendiri yang menyebabkan objektif menjadi terhad dan kurang fokus.”

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr Subramaniam Muniandy berharap Kabinet baharu akan berusaha menyelesaikan isu doktor kontrak yang berlarutan lebih lima tahun, khasnya dalam tawaran lebih banyak jawatan tetap.

“Doktor ini mahu berkhidmat kepada negara. Saya berharap bakat mereka digunakan sepenuhnya, bukannya dibazirkan. Itu adalah sasaran utama kita, selain Covid-19.”

Beliau juga berharap Ismail akan mengkaji semula pendekatan sedia ada untuk menangani pandemik dan mengetepikan agenda politik demi kebaikan kesihatan awam.

No comments: