Ketika semua parti
berebut-rebut berusaha untuk mempastikan pasukan masing-masing berada di takhta
politik Malaysia, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat
naik gambar beliau berkebun.
Anwar sibuk menjaga betiknya ketika
pemimpin kerajaan PN sibuk bermesyuarat dari rumah PM ke hotel-hotel.
Shukri Rani menulis, “Alhamdulillah,
buat walaun… Dsai tak koyak la setakat sindir-sindir tu. Dsai dah terbukti insan
yang kuat jiwa dan iman, pelbagai ujian dilalui dalam hidup.. semoga DSAI
beroleh redha Allah s.w.t.”
Syed M Alsagoff pula menulis dengan
memberikan pesan kepada Anwar agar membersihkan juga saki baki pengkhianat
dalam partinya.
“Alhamdulillah, bersihkan sekali
saki baki kartel dari dlm parti keramat KEADILAN ini Anwar Ibrahim,” tulis
beliau.
Anwar mula diserang oleh mujahid
siber dari Bersatu dan Pas ekoran perhimpunan menuntut agar Parlimen bersidang
di Dataran Merdeka baru-baru ini.
Kononnya ahli parlimen pembangkang
bakal mencetuskan kluster baharu Covid-19 padahal pada masa yang sama ahli
parlimen Bersatu, Pas dan kluster menteri dari Umno sibuk bermesyuarat sehingga
lewat malam di rumah Tan Sri Mahiaddin Yassin dan juga di hotel.
Pakar kesihatan berkata, peluang
untuk Covid-19 berjangkit 18 kali ganda lebih besar di dalam kawasan tertutup
berbanding di tempat terbuka
“Petang tadi turun
melihat pokok betik dan cili saya. Bersihkan sikit kawasan sekililing pokok.
“Alhamdulillah, dah mula
menampakkan hasil,” tulis Anwar dalam Facebook beliau sambil membuat naik
beberapa keping gambar beliau bersama betik dan cilinya.