KES COVID TERUS MENINGKAT, SANG PENGUASA TERUS BEEGELUT MENIPU TENTANG KEABSAHAN KERAJAAN DAN PAS SOKONG PENIPUAN


No photo description available.


Kes Covid sudah cecah 20K. Muhyidin masih kata dia ada majoriti, tapi tak mahu sahkan skrg di Parlimen. Dia minta bulan september. Nak tunggu berapa byk kes lagi dan berapa ramai setiap hari mati akibat Covid? Puak khianat ini setiap malam berkumpul bincang bagaimana mahu terus kekal berkuasa. Rakyat terus menderita.

Masalah Covid yang semakin kritikal harus ditangani melalui pemerintah, yakni kerajaan yang mesti memiliki keabsahan, bukannya kerajaan "palsu' yang tiada mandat rakyat dan tiada sokongan majoriti dalam parlimen.

Mengapa susah sangat mahu mengaku tiada sokongan? Kuasa dan jawatan tidak boleh dibawa ke kubur pun. Parti lebai tahu fakta dan hakikat bahawa mereka juga berada dalam kerajaan yang tiada majoriti. Ibarat menyokong Imam solat yang ditolak majoriti jamaah atau makmum. Apakah Pas tidak tahu hukum atau campakkan hukum ke longkang asalkan mereka dapat jawatan dan kuasa secara "haram"?

WFAUZDIN NS

 

No comments: