Termizi tempelak Muhyiddin, ikut celah mana PN masih ada majoriti?

 


Panas! Termizi tempelak Muhyiddin, ikut celah mana PN masih ada majoriti?

Salam, maaf nak guna bahasa orang muda sikit.

Ini yang saya tak boleh nak brain ni, kut mana Pak Mahaiddin boleh ada majoriti ni?

Di Padang Merdeka 2/8 ada 107 MP, ikut parti masing-masing. Mereka ini telah di ketahui umum bukan penyokong Mahaiddin dan bukan sebahagian dari kerajaan PN. Lepas tu, semasa Pak Zahid buat sidang akhbar 3/8 tarik balik sokongan, ada 11 orang. Jadi ada 118 orang yang tak sokong Pak Mahaiddin, atau hanya ada 102 dari 220 yang sokong. Guna ilmu hisab macam mana ni? 102 orang dari 220 adalah majoriti! +- 8 orang pun Pak Mahaiddin masih tak ada majoriti.

Takkanlah 107 tu berpanas berpeluh-peluh, berhadapan dengan FRU lagi, suka-suka ajer berjemur dan berdemonstrasi dalam suasana Covic-19 dan PKP, balik rumah sokong Mahaiddin pulak.

Adakah logik 11 orang bersama Pak Zahid tu hanya pak pecacai, pelakon tambahan ajer!

Pelik bin ajaib, keabsahan matematik macam ini hanya ada di Malaysia ajer agaknya, 2+2 = ikut suka boss lah berapa pun!

No comments: