KISAH TOK PETI DAPAT HABUAN LA GAMAKNYA

 




MOHD MUKHLIS

Punca Azab Allah Turun Pada Umat Terdahulu

Saya pernah tulis yang salah satu misconception tentang bala yang Allah turunkan adalah bila berlaku maksiat dalam sesebuah negeri, bala Allah akan turun. Bala Allah hanya akan turun jika tiada orang orang lagi yang datang memberi peringatan dan dosa yang di lakukan tadi secara terang-terangan.

Dalam kisah kaum Nabi luth kita boleh lihat di mana mereka tidak sengan silu hendak berzina dengan tetamunya secara TERANG-TERANGAN walaupun telah di tawarkan wanita untuk di nikahi.

Ini amaran Nabi Luth kepada mereka “Sesungguhnya mereka adalah tamuku; maka janganlah kamu membuatku malu. Dan bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu membuat aku terhina.” (QS. Al Hijr: 68-69) setelah mereka melakukan maksiat terang-terangan.

Lalu azab Allah di turunkan apa bila tiada lagi orang yang menasihati mereka iaitu bila Allah keluarkan Nabi Allah Luth dari kota Sodom.

Liwat bukan satu-satunya dosa kaum sodom tetapi banyak lagi; mereka di azab kerana melakukan maksiat secara terang-terangan dan tidak ada orang yang hendak nahi mungkar.

Benda ini sama dengan kisah Nabi Allah yang lain. Contoh Nabi Nuh yang mana baginda berdakwah selama 950 tahun tapi hanya 80 orang sahaja pengikut baginda sehinggakan Isteri Nabi Nuh juga turut derhaka. 950 tahun Allah benarkan orang yang zalim itu hidup dalam maksiat tanpa perhitungan tapi mereka masih juga tidak berubah.

Bila terhentinya seruan nasihat dari Nabi Nuh, barulah Allah turunkan bala. Ini yang Allah rakamkan dalam Quran Surah Toha Ayat 99 tentang kisah umat-umat terdahulu supaya kita tidak ikut jejak mereka.

Firman Allah Taala: "Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian daripada kisah-kisah umat manusia yang telah lalu dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab al-Quran yang menjadi) peringatan." (Surah Taha, ayat 99)

Dalam semua kisah-kisah umat terdahulu baik Kaum Nabi Saleh dengan unta, Kaum Nabi Syuaib dengan penipuan sukatan, ataupun Firaun; kita akan dapati perkara yang sama berlaku:

1) Mereka melakukan maksiat/fasad secara terang-terangan.

2) Nabi Allah di turunkan memberi peringatan

3) Bala hanya turun selepas semua peringatan tadi di abaikan.

Sedangkan Firaun yang zalim itu pun Allah suruh Nabi Musa menasihatinya dengan perkataan yang baik seperti dalam surah Taha ayat 43-44.

Allah SWT memerintahkan Nabi Musa dan Harun untuk menemui Firaun. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut." (Surah Taha, ayat 43-44)

Jadi bila Allah datang memberi peringatan waima dari seorang pengemis sekalipun, kita patut bersyukur kerana itu adalah tanda-tanda peringatan dari Allah.

Setahun lepas, saya telah memberi peringatan pada seorang asatizah secara sopan supaya tidak khianat pada ilmu, dan berkata benar pada pemimpin yang zalim.

Saya kata yang menjamin orang berkhianat ini pasti akan mendapat bahagian di dunia dan akhirat; tapi dia terang-terangan melakukan khianat pada ilmu yang Allah pinjamkan, malahan dia sanggup pula menjadi penjamin orang yang berkhianat.

Waktu saya nasihatkan ini, rating PM kita tadi tinggi melangit dan asatizah mungkin seronok di julang oleh golongan ruwaibidah.

Kini apa yang saya sebut semua telah terjadi; tapi dia masih lagi tidak mahu mengambil iktibar dan tetap bersama dengan orang yang zalim.

Moga dia dapat segala apa yang dia idam-idamkan di dunia dan dikumpulkan bersama-sama dengan jaminannya di hari kemudian.

WAllahualam

 

No comments: