KAH..KAH..KAH..DIA MEMANG TAK CERDIK PUN.....KARTUN..

 


Panas! Peja buat sidang media mengaku kurang cerdik

Panas! Peja buat sidang media mengaku kurang cerdik

‘Saya minta maaf atas kekhilafan saya mengenai video yang tular itu’.

Demikian jelas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam sidang media pertamanya selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara pada Isnin.

“Pertama sekali, saya rasa bersyukur, kerana apa yang saya katakan itu adalah sebelum saya angkat sumpah sebagai Menteri KBS. Apa yang saya katakan itu merupakan kekhilafan, kesilapan dan kurang cerdik.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Presiden FAM dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam. Saya faham perkara itu tidak seharusnya saya sebut di atas kesilapan itu yang telah mengakibatkan satu perdebatan di sosial media.

“Saya juga ingin memohon ampun dan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Alhamdulilah, saya telah belajar dari kesilapan itu, hari ini saya mengangkat sumpah sebagai Menteri KBS dan saya perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh dikatakan secara terbuka,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu lagi, perkara berkenaan amat dikesali dan tidak akan berlaku lagi.

Fokusnya, kata Ahmad Faizal, ketika ini adalah untuk melihat mutu bola sepak negara dapat dipertingkatkan.

Terdahulu, Ahmad Faizal dalam satu video yang tular di laman sosial antara lain, mendakwa Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sedang mempertimbangkan untuk membuka saingan Liga Super pada musim depan kepada 16 pasukan berbanding 12 pasukan ketika ini.

Video yang tular di media sosial itu dipercayai telah mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan netizen yang mendakwa Ahmad Faizal memberi bayangan pasukan Bola Sepak Perak atau lebih dikenali sebagai The Bos Gaurus berkemungkinan akan terus kekal beraksi dalam Liga Super.

No comments: