Agus: Komuniskah yang menjajah kita atau British?

 


Agus: Komuniskah yang menjajah kita atau British?


Mengapakah setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan dengan membincangkan soal komunis. Apakah komunis yang menjajah kita? Kita dijajah oleh British, bukannya komunis.

2. Jadi, apa kaitannya komunis dengan kemerdekaan kita? Di Tanah Melayu, komunis ini adalah parti politik sahaja yang menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930.

3. UMNO pula ditubuhkan 16 tahun selepas itu. Seperti UMNO, PKM juga menentang penjajah British. Bezanya, setelah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, UMNO menjadi baik dengan British, manakala Melayu yang berhaluan kiri menentangnya.

4. Antaranya ialah Pak Sako dan Ibrahim Yaakob. Mereka menubuhkan KMM dan PKMM untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. British tidak senang dengan perjuangan ini lalu melabelkan mereka komunis. Begitulah British, jika ada yang melawannya dilabelkan sahaja sebagai komunis.

5. British tanamkan perasaan benci kepada komunis supaya orang Melayu sayangkan British sedangkan Britishlah yang menjajah kita. Jika di Indonesia, sesiapa sahaja yang bekerja dengan penjajah Belanda dipanggil anjing Belanda.

6. Kita telah lebih enam dekad merdeka. Namun, setiap kali kemerdekaan kita masih bincangkan tentang komunis. Untuk apa?

7. Hendak kata komunis masih ancaman pada negara, kerajaan telahpun menandatangani perjanjian damai dengan PKM di Haadyai pada 2 Disember 1989, dan sejak itu berakhirlah ancaman PKM.

8. Maka, setelah 64 tahun merdeka, kita bawalah naratif baharu dalam meraikan kemerdekaan. Kita sambut kemerdekaan dengan wajah Keluarga Malaysia—nama kerajaan baharu kita.

9. Jangan jadi seperti penjajah British yang suka melabelkan pihak yang tidak disukainya. Usah kita menanam benci hanya kerana perbezaan politik.

10. Tahun ini kita sambut kemerdekaan dalam suasana pandemik dengan keadaan ramai rakyat susah. Oleh itu, muncullah banyak program ‘kerajaan menjaga rakyat’ dalam dua hari berbaki ini daripada mengisahkan tentang komunis.

No comments: