AGAK2NYA TETAP SAMAKAH KEPUTUSAN ROS JIKA PM KETIKA INI MASIH LAGI MAHIADDIN?

 

*UMNO & ROS*

(Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia)

Pada lewat petang 30 Ogos 2021, saya telah menerima surat daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) / Ketua Pengarah Tn Hj Jasri Kasim, rujukan surat PPM/WKL 251/88 JLD. 11 (1).

Berdasarkan semakan kepada keterangan dan dokumen tambahan yang telah saya dan peguam UMNO berikan pada 9 Ogos, 11 Ogos, 18 Ogos dan beberapa keterangan Ahli MKT pada 24 Ogos, adalah didapati bahawa keputusan penangguhan pemilihan UMNO untuk penggal 2021/2023 telah dibuat secara TERATUR.

Oleh itu, pemilihan jawatan UMNO untuk MKT, bahagian dan cawangan adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kepada ROS iaitu sebelum 29 Disember 2022.

Walaupun begitu, mesyuarat tahunan untuk cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung (tanpa pemilihan) dengan kehadiran 1/4 korum masih perlu diadakan pada tarikh dalam 2021 ini. Tarikh-tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.

Terima kasih diucapkan kepada Presiden, Timbalan, Naib-naib Presiden, Ahli MKT kerana memberi panduan dan juga kepimpinan UMNO serta ahli yang sabar dan tabah melalui episod yang berlaku.

Terima kasih kepada KP ROS / Pendaftar Pertubuhan dan pegawainya yang telah memberikan kerjasama baik di sepanjang semakan dan pertemuan kami.

Salam perjuangan.

Salam MERDEKA 31 Ogos.

(Ahmad bin Maslan)

*Setiausaha Agung UMNO*

30 Ogos 2021, 9 malam.



No comments: