Tiada usul undi percaya terhadap PM dalam sidang Dewan Rakyat akan datang

 

Menurut ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, lewat malam tadi beliau telah menerima notis dari Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Bacha Mydin yang memaklumkan perkara itu.

“Tetapi yang sangat ketara adalah pengakuan bahawa tidak ada usul undi percaya kepada perdana menteri dalam urusan Parlimen kali ini,” kata Kit Siang

Bagi Kit Siang, usul undi percaya kepada pmenteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub sepatutnya menjadi perkara pertama yang dibahaskan iaitu pada 14 September.



Yang Dipertuan Agong sebelum ini telah menitahkan agar usul undi percaya dikemukakan terhadap perdana menteri sebaik sahaja selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri.

Pada 18 Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar Perdana Menteri baharu yang dilantik perlu mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkannya mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara berkata, baginda bertitah demikian mengikut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam hal ini, baginda selanjutnya bertitah bahawa selaku Ketua Utama Negara, baginda akan cuba sedaya-upaya untuk menyempurnakan tanggungjawab seorang Raja Berperlembagaan berteraskan keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

“Seri Paduka Baginda akan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu-isu semasa yang dijadualkan pada 20 Ogos ini (Jumaat).

“Seri Paduka Baginda dan Paduka Seri Sultan Perak (Timbalan Yang di-Pertuan Agong) menzahirkan pandangan bahawa kemelut politik yang berlarutan tanpa titik noktah mengganggu-gugat tadbir urus kerajaan ketika kita masih diancam pandemik Covid-19,” kata beliau.

No comments: