KENAPA PULA BEKAS PM 2 KALI YANG MENGKHIANATI RAKYAT BOLEH PULAK BAGI CADANGAN SIAPA MENGANGGOTAI MPN ???


 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan beberapa nama ahli politik untuk menyertai Majlis Permulihan Negara (MPN).

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, mereka yang dipilih bukan kerana politik kepartian tetapi di atas beberapa usaha yang telah mereka lakukan.

Antara ahli politik yang dicadangkan beliau iaitu, Datuk Seri Azalina Othman Said, Hannah Yeoh, Ahmad Fahmi Fadzil dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mahathir turut menamakan beberapa lagi ahli politik tetapi tidak boleh terikat dengan parti mereka.

“Nama-nama yang hendak saya cadang dan kenapa saya cadang mereka adalah Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Lin See Yan, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, dan Prof. Dr Jomo K. Sundram,” katanya.

Beberapa nama dalam bidang perubatan yang dicadangkan beliau antaranya Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman, Datuk Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, Emeritus Prof Datuk Dr Lam Sai Kit, Datuk Dr Musa Nordin, Datuk Dr Amar Singh HSS dan Dr Kumitaa Theva Das.

Beliau juga mencadang beberapa pakar perundangan yang perlu untuk memastikan segala tindak-tanduk MPN itu tidak mencabar kedaulatan undang-undang dan perlembagaan Negara iaitu Prof Emeritus Datuk Shad Faruqi, dan Prof Dato’ Salleh Buang

Jelasnya, keahlian MPN ini seperti yang telah ditekankan mestilah tidak mempunyai ahli politik parti-parti kerana mereka akan mempertimbang kepentingan parti mereka dahulu dan tidak rakyat dan Negara.

“Untuk mengatasi masalah pendidikan, saya bercadang memberi penekanan kepada pembelajaran dari rumah dan menggunakan televisyen dan program-program yang dirakam oleh ahli-ahli akademik, guru-guru dan pendidik terbaik supaya ibu bapa mudah membantu anak mereka dan ini dapat dirangka oleh YAM Tunku Ali Redhauddin, Tuanku Muhriz, Tan Sri Mohd Shukri Ab Yajid dan Samuel Isaiah.

Bagaimanapun Mahathir berkata, cadangan untuk melantik mereka tidak bermakna pegawai-pegawai tinggi Kerajaan akan terpinggir.

“Saya cadang supaya Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan dan kesemua Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Sabah dan Sarawak serta Negeri-Negeri lain di Semenanjung dilantik sebagai ex-officio.

“Mereka ini akan dijemput hadir bila berkaitan dengan peranan mereka.

“Setiap dari anggota-anggota MPN ini boleh, dengan kepakaran dan pengalaman mereka membentuk sub-committee mereka sendiri untuk mencadang langkah-langkah perlu dan diaju kepada MPN.

“Jika mereka dilantik dan MPN diberi kuasa untuk menangani krisis yang dihadapi Negara secara fokus dan terancang, saya yakin badan ini akan mampu membantu Negara keluar dari kemelut yang begitu menggerunkan.

“Nama-nama yang disenarai ini dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka.

“Saya bagaimanapun percaya, dengan perkenan DYMM Yang diPertuan Agong, apabila mereka dijemput menjadi anggota MPN, mereka akan bersetuju kerana ini satu National Service atau khidmat Negara,” katanya.

Sekarang Kerajaan telah membuat keputusan untuk menubuh MPN Kerajaan. Ianya dipengerusi oleh Tan Sri Mahiaddin dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri penyelaras MPN.

Justeru katanya, menyuruh orang yang berkali-kali gagal memperbaiki kegagalan yang disebabkan oleh kegagalan mereka bukanlah sesuatu yang bijak.

“Selain itu, turut dilantik ialah Menteri-Menteri Kabinet yang juga sebahagian dari Kerajaan yang gagal,” katanya lagi.

No comments: