Agong perkenan Anwar masuk menghadap - Sumber

 

Firdaus Azil
Agong perkenan Anwar masuk menghadap - Sumber
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menghadap Tuanku hari ini. - Foto fail/Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menghadap Tuanku hari ini.
Sumber memberitahu Astro AWANI pertemuan itu diadakan di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Pahang.
Bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengenai isi pertemuan itu serta jam berapa ia akan berlangsung.
Setakat ini Astro AWANI masih cuba mendapatkan maklumat lanjut dari Pejabat Ketua Pembangkang.
[TERKINI] YDP Agong dukacita pembatalan Darurat dibuat sebelum diperkenan Baginda
Ordinan Darurat | Kerajaan nasihati Agong batal semua ordinan - PMO

No comments: